Tuesday, 20 May 2014

BOWLING TEAM TERENGGANU SUKBOM 2014

Lembaran 2014 sudah semakin menghampiri kemuncuknya.Pada tanggal 6 jun hingga 11 Jun 2014 Sukan Bomba akan berlansung,Tahun ini BOMBA Johor akan menjadi Tuan rumah.Seperti sebelum ini acara bowling biasanya akan di buat pemilihan terlebih dahulu Namun tahun ini arahan dari Y.S Pengarah untuk memilih pemain yang sudah ada rankingnya.Pelik dan benar ini yang berlaku.Untuk makluman semua Pengurus yang dahulu Tuan Syariman telah berpindah bersama isterinya ( Zurina ) ke BOMBA Melaka.Jadi siapa bakal menggantikan Pengurus ini? Mustapha dan Nik telah di hubungi oleh Setiausaha Peskab Negeri Terengganu berkenaan hal ini jadi kami pun bergerak mencari pengurus terlebih dahulu.Dalam senarai panjang sampailah ke senarai pendek dan akhirnya PPgb Khairee Bin Abdul Rahman yang menjadi pilihan.

 Semua urusan kini di bawah Pengurus kita.Dalam penentuan budget sampilah ke Latihan.Jadual Perlawanan semasa Sukbom Telah di keluarkan begitu juga dengan senarai pemain.Permulaannya seramai 12 pemain teteapi kini tinggal hanya 8 pemain sahaja dan telah di muktamadkan.Ini lah Jurulatih baru dan bowler Sukbom 2014.Mustapha Bin Ismail (MBI)


Banyak juga struktur yang berubah kerana dalam Maskab 2012 jadi coach namun telah bertukar kepada Kapten pulak.Berat juga kalau di fikirkan tentang apa yang pengarah mahukan.Namun "Practice Make Perfect".Itu sahaja lah jalan yang kita ada.Nik Mohd Norsyahrul Nizam Bin Shaban

 Pemain lama yang masih setia dengan Terengganu yang masih kekal dalam arena bowling Bomba Terengganu ini..Otai masih berbisa Mohd Zairi Bin Abdul Razak.Target pingat dari Pengarah nii.

Tahun ini Team Bowling Terengganu menerima seorang lagi bowler baru yang baru balik kampung.Dulunya bermain untuk Selangor.Boleh tahan pemain ni.Baru je balik dah lepas pemilihan Maksak edisi pertama namun untuk selection kedua dia tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai akhir,Tak pe lah Tahun depan kita sapu bersih Maksak Terengganu.Rosmadi Ayu Bin Wahab.


Bowlers di atas juga akan bermain untuk acara perseorangan Lelaki,Beregu lelaki dan berpasukan kalau ada rezeki boleh masuk All Event.Dalam Kategori wanita pula,Bunga dalam pasukan,walaupun telah menyertai Liga Maskab 2012 namanya masih berada dalam senarai.Semangat betul bowler ni.Harap dia dapat lakukan sesuatu di luar jangakaan.Zayati Bin Muda


Pada mulanya pasangan Zety adalah Dayah namun di sebabkan oleh masalah keluarga Dayah terpaksa menarik diri.Namun bukan mudah untuk mencari Bowler wanita dalam Bomba ni.Namun satu nama baru pula yang muncul ingatkan artis .Nama je lah macam artis Najwa.Namanya Nurul Najwa Binti Ab.Wahab.
Tunggu hantar gambar lamabt sangat ni jer yang ada.Bukan nak cakap sebab tak pernah bertemu lagi orangnya.Apa pun Welcome to Team...

Untuk acara wanita ni,Pengarah hanya luluskan 2 Bowlers wanita sahaja dan mereka akan bermain untuk acara perseorangan dan beregu sahaja.Begitu juga dengan Kategori Master.Otai-otai ini bakal bermain untuk acara beregu dan perseorangan.PBK I Wan Nadris Bin Wan Mohammad

Macam pernah tengok je aksi ni En Wan...huhuhuhh.Tapi otai kita memang bersemangat siap beli bola baru lagi.Silap haribulan boleh emas...Kemahh en Wan kita tuuu.Patnernya pula adalah PBK I Mohd Fauzi Bin Mohd Yazid.En G ni pun memang kemah...Incharge Kawe tuu.Ayat biasa kalau jumpa dia.Otai ni lagi best ,sama-sama beli bola baru.Sekali main tak puas,nak tambah jerr games...Cayalah !!!

Genaplah senarai Bowler Bomba Terengganu untuk Tahun 2014.Kita mensasarkan 2 Pingat tidak kiralah apa jua warna.Matlamat utama adalah Emas.Mampukan kem Terengganu menlunaskan apa yang di Kehendaki? Hanya latihan dan masanya yang akan tentukan.

 Segalanya akan bermula pada 7 Jun 2014.Segala latihan dan cara nak bertanding akan di mulakan pada 22 mei sehingga 3 jun 2014.Surat pelepasan juga telah di edarkan.


Kepada semua Bowlers di harapkan berlatihlah dengan bersungguh-sungguh kerana "Practice make perfect"
Spare adalah perkara yang wajib di ambil dan strike itu adalah satu bonus.Itulah kata-kata Sifu admin dulu.Mata adalah pada arrow dan tangan alway follow your lane.Sifu admin dulu adalah Lelaki cina menuntut dengannya hampir setahun di ampang bowl.Tapi dia selalu suruh fight dengan bowlers berbangsa cina.Kalau nak cepat pandai kena selalu fight.Sekian dulu untuk pembuka tirai 2014.

GO TURTLE BOWL  GOOO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment