Monday, 26 May 2014
TEAM MENUJU KE KUANTAN PAHANG
Pada 24 Mei 2014 ,Team Bowling JBPM Terengganu bertolak ke Kuantan pada jam 9 pagi.Permintaan dari JBPM Pahang meminta 20 Bowlers untuk perlawanan persahabatan.Seramai 10 Bowler bertolak dari Balai Bomba Kuala Terengganu menaiki bas coaster.Pemandu dan juga Bowler pada hari ini adalah En Mat Nor.
Perlawanan pada petang ini pada jam 4ptg di Premium lane Kuantan Pahang.Semasa dalam perjalanan kami singgah di Balai Bomba Kerteh untuk mengambil baki pemain yang lain.
Admin sempat berselfie semasa bas menuju ke Kerteh.Coach berada di tengah-tengah perut Bas kerana senang nak bagi briefing.kami sampai di kerteh pada jam 11 pagi.Semasa sampai hanya ada 4 pemain sahaja kerana ada yang pergi dengan kereta sendiri.
Zayati sempat juga berposing dalam bas.Tapi mana partnernya? Biasanya kalau berpartner biasanya selalu duduk bersebelahan.Baru lah ada omm nantikan.Kami singgah di sungai Ular untuk menikmati makan tengah hari.Kedai tu ok lah,tapi barangan juadahnya semakin kecil dah sekarang ni.
Di sebabkan bebrapa pemain menarik diri di saat akhir kami terpaksa membawa beberapa pemain dari Parisma Bomba bagi memenuhi quota bowlers.Untuk mencukupkan jugak 20 bowlers.Kami tiba di kuantan pada jam 3petang dan sempat lepak sekejap di kuantan dan terus ke Premium lane.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment