Latihan hari Ke Empat pada 23 Mei 2014,Buat kali yang pertama semua bowler hadir pada hari ini.Hari latihan terakhir sebelum ke JBPM Pahang esok untuk perlawanan persahabatan.Ada beberapa bowlers jemputan juga turut sama berkongsi idea dan memberi pendapatan tentang bowlers dan teknik.Terima kasih di ucapkan atas sokongan kawan-kawan.Rony ,Ashikin dan Syaza.
Hari jumaat nak berlatih banyak-banyak pun tak sempat sebab masa sedikit suntuk kerana pusat bowling TER ada masa rehat.Jarang perkara ni berlaku.Biasanya pusat bowling kalau dah di buka hanya akan do tutup pada malam hari dalam pukul 12 malam tu pun kalau tidak ada sebarang Pertandingan.
Mungkin ramai yang tertanya-tertanya macam mana rupa si Najwa ni kan.Jadi hari ni Salam perkenalan dari Najwa.Dia baru beginner,Admin ingatkan dah Amateur.Hasil dari latihan tadi dapatlah kita lihat akan peningkatan dan perbezaan selepas berlatih di bawah pengendalian Mustapha.
Sedar atau tidak kita cuma ada masa 13 hari lagi untuk membuat persiapan.Sempat atau tidak adalah atas diri masing-masing.Kalau nak berjaya tidak semestinya tunggu orang datang mengajar kita,sepatutunya kita yang perlu banyak bertanya.
Kategori master hari ni sudah mula enjoy bermain bowling berbanding latihan lalu.En Fauzi ambik High Game hari ni 220 jatuhan pin.Dari segi mentaliti dah nampak semangat dan keyakinan En Fauzi ,admin cuba juga untuk mengejar En Fauzi tetapi dia lari laju hari ni tak sempat nak kejar.Tahniah En Fauzi pretasi memberansangkan hari.Teruskan Usaha tingkatkan azam.Otai makin berbisa.En.Wan kena cepat sikit yerr patner dah dapat tuu.
Kategori wanita pula,di sebabkan hari ni baru dapat petner Zayati namapak sedikit risau dan permaianan dia agak merosot sikit hari ni.Sakit pinggang kesan dari jatuh.Kena pergi mengurut tu.tapi dia jatuh kat rumah bukan kat lane.Sabar lah Zety yerr masa masih ada.Kita dah program dah latihan intensif selepas balik dari Kuantan nanti.
Kategori lelaki open tidak perlulah nak di huraikan panjang-panjang.Bukan apa kesan dari pertandingan malam tadi sedikit sebanyak memenatkan dan mereka cuma ambik cara balingan dan berlatih spare sahaja hari ni.Rosmadi dengan bola barunya masih belum diaktifan sepenhnya lagi.Sabar yerr Rosmadi nanti datanglah tuu.
Hari ni buka dairy Coach ambik score dan everage jadi masing-masing tentu tahu apa yang mereka lakukan hari ini dan inilah hasilnya.kalau nak lebih ke hadapan kena berusaha lagi,Kita main bowling ni bukan nak tahu dari segi teknik sahaja.Bila kita bertukar tempat latihan macam-macam kita kena baca tentang lane.Dari segi oilynya dan patternnya.Tapi bergantung pada stail dan skill masing-masing.Tapi yang penting Enjoy The Games.
No comments:
Post a Comment