Pada 25 Mei 2014 ,Team Bowling Sukbom Terengganu mneruskan sesi latihan seperti biasaPada hari ini Latihan di adakan di KT Bowls Astaka Kuala Terengganu.Walaupun masih kepenatan kerana baru pulang dari Kuantan namun momentum perlu di teruskan.
Itu lah aksi cham semalam walaupun masih terasa kepenatan masih lagi enjoy bermain bowling.Beberapa perlawanan persahabatan di atur mungkin 1 ataupun 2 lagi kerana masa dah semakin hampir untuk menuju ke Destinasi sebenar.
Team wanita masih lagi belajar untuk mencapai target yang di perlukan everage 150 jatuhan pin per games masih belum tercapai.Semoga mereka berusaha dan berusaha segigih mungkin kerana masa masih ada.Kita perlu buktikan yang kita Team Nelang walaupun tempoh latihan yang terhad.
Ok jom kita kira everage masing-masing.Siapa bakal mendahului carta pada hari ini.Bukan apa kalau graf makin naik kira oklah tapi kalau kejap naik dan kejap turun maknnya kita masih belum boleh maintain.
Pendahulu carta hari ini adalah Rosmadi ayu dengan 1039 jatuhan pin dan yang paling mengejutkan hari ini adalah En Fauzi sama everage dengan Rosmadi.Tahniah En Fauzi teruskan usaha cari ilmu bowling berterusan.
1) Rosmadi : 1039 / 6 games = 173
2) En Fauzi : 1038 /6 games = 173
3) MBI : 998/ 6 games = 166
4) Zairi : 948/ 6 games = 158
5) Zety : 770/ 6 games = 128
6) Najwa : 682/ 6 games = 113
7) NIK M : 633.4 games = 158
Pengurus kita pun mencuba jugak hari ni dengan bermain sebanyak 3 games kalau tidak salah dia bermain bowling yang last rasanya di Mesra Mall tahun lepas di kejohanan antara balai dan Piala Y.S Pengarah.
Ada suatu yang pelik berlaku hari ini kerana kehadiran 2 orang jururawat.Siapa yang sakit nii? Aduss dah lah masa semakin singkat janganlah cedera teruk.Kita dah siap daftar nii.Bukan siapa-siapa pun mereka ni selalu join kalau kita ada latihan.kadang-kadang terpaksa jugak mereka tukar uniform untuk bermain dengan team Bomba.Terima kasih atas Ubat sakit urat tuu.Nik M terpaksa behenti awal kerana masalah kekejangan otot peha dan selepas makan ubat tu keadaan dah pulih seperti biasa.Terima kasih Medikal Team.Tahun depan kita kena sediakan juga EMS Team takut-takut ada yang sakit.
GO TURTLE BOWLS GO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment