Saturday, 31 May 2014

LATIHAN HARI KE 6


Pada 27 Mei 2014 ,Latihan pada hari ini terpaksa di buat di Mesra Mall,Kerteh.Kerana masalah lane yang tiada kekosongan samaada di TER atau KT Bowls.Kami bergerak dari Balai Bomba Wakaf Tapai pada jam 9 pagi Menaiki Van untuk ke sana.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.Kami sampai di Mesra Mall pada jam 12 tengah hari kerana behenti makan pagi dahulu di Rhu Rendang.Harga satu game di sini adalah RM 5.00.


Kalau hendak di ikutkan kali ini dan 3 lane bowling berbeza kami berlatih.boleh lah dapat tahu sikit sebanyak namun untuk menjadi expert setiap patern oily tu memang mengambil masa.Tak apa lah janji kita dapat teruskan latihan.Semua bowlers hadir hari ini.Termasuk Coach jemputan Omar.Agak sukar sikit bermain di sini kerana kita jarang sangat berpeluang untuk bermain dengan lebih kerap di sini.
 


Yang pasti everage mungkin ada sedikit penurunan sebab tempat lain dari kebiasaan.Apa pun kita perlu menjaga everage sebaik mungkin kerana itu adalah penilaian prestasi masing-masing.

1) Nik M  : 776/5 games = 155
2) Zairi     : 806/5 games = 161
3) Madi    : 885/5 games = 177
4) MBI     : 816/5 games = 163
5) C.G     :  575/4 games = 143
6) Wan     : 570/4  games =142
7) Najwa :  434/4 games = 108
8) Zety    :  524/4 games = 131

kan dah cakap everage pasti akan turun walau sekuat mana kita push pun.Bukan apa tempat baru kan.Jadi tiada apa yang boleh di perkatakan lagi.Biasanya kalau latihan kita bermain 5 games.games yang ke lima tu adalah untuk kita ambik score setelah kita belajar macam mana  nak kenal cara kita bermain.Tak mengapa walaupun sesi latihan masih panjang kita kena terus berusaha dan berusaha.

 
 Dengar cerita perlawanan persahabatan akan di buat pada 29 haribulan ni.bermakana kita masih ada masa esok untuk membaiki segala kelemahan terutama untuk mengambil spare.Nak jadi pemain pro pun susah jugak sebab budget jer.kita berlatih 5 games sahaja sehari maksimum.jadi apa yang perlu coach dan pengurus lakukan dengan 5 games.adakah 4 games untuk latihan dan 1 games last untuk ambik score? atau 1 games latihan dan 4 games untuk ambik score? biasanya kita pilih yang kedua.Walaupun masa semakin mencemburi kita.Kita kena cepat untuk melakukan post mortem diri sendiri.Semoga terus berusaha membaiki kelemahan diri.Minggu depan adalah latihan minggu terakhir dan berharap masing-masing mencari apa yang belum di jumpai atau mencari yang hilang.

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment