Friday, 23 May 2014

LATIHAN HARI KETIGA

Pada hari ini 22 MEI 2014,Latihan hari ke-3 di lihat sedikit dingin kerana Latihan hari ini di Ketuai oleh Kapten pasukan kerana Pengurus terlibat dengan pertandingan Kawad Kaki antara Zon Bomba Negeri Terengganu.Coach pula terlibat juga dengan Kawad cuma dia bahagian Kawad di dapur.Balai Kerteh jadi tuan rumah.Zety dan Najwa juga terlibat sama.En.Wan pula masih berada di FRAM Wakaf Tapai kerana mengajar.Hanya 4 bowlers yang terlibat En. Fauzi,Zairi,Rosmadi dan Nik sahaja.


Pada permulaan latihan Rosmadi ada sedikit gangguan kerana menggunakan bola baru di belinya dan Nik pun sama kerana memakai kasut baru.Macam-macam hal terjadi pagi ini.Lama-kelamaan semuanya kembali pada asal dan kami berempat memulakan Latihan hari ini seperti biasa.


Bukan nak puji tapi realiti.En Fauzi pada hari ini menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya kerana Everage nya naik kepada 145 pin dan hanya 5 pin sahaja lagi untuk mencapai target.Syabas dan teruskan usaha.


Everage Nik pada hari ini hanyalah 152 kerana masalah di kaki di permulaan tetapi kegagalan kerana mental masih bimbang akan kasut baru tu sehinggakan banyak juga spare gagal di ambil.Namun itu perkara biasa dalam Bowling ni.Kekadang jika ada perkara luar biasa yang berlaku akan menyebabkan fokus akan lari sedikit.Namun esok kena buat betul-betul.

 Everage Zairi pula hari ni sama je dengan Nik cuma point total score sahaja yang membezakan mereka berdua.Siap pakai jersi Terengganu lagi tu.Jersi Bowling bila nak siap pun belum tahu lagi.Zairi ni main straight ball tetapi ada sedikit hook.Untuk mendapatkan high score amat mudah tetapi time menjadi lah.Esok cuba baiki lagi yerr.Harapan tuu..


Bila bola baru nak menjadi ni Rosmadi? sampai finger bola tercabut nii.Everage dia hari ini dengan bola barunya 133.Cuba ejas balik macam mana nak pakai bola baru tu yerr.Cepat sikit masa dah makin hampir untuk ke Johor ni.Cari jalannya yerr.Keep it up...huhuhu



 Bila di fikirkan kenapa En.Fauzi semangat jerr.Rupa-rupanya ada orang yang selalu Champions kat KT Bowl ada kat lane sebelah.Ohhh patutlah..semangat Otai kita ni.Tak ada hal en Fauzi, kita selalu support Team kita.Don't worry yerr.En Omar MBKT...Otai Straight Ball.entah-entah malam ni Cham lagi sekali kot.


Esok Coach pesan latihan akan di adakan di TER dan pada semua Bowlers sila lapor diri jam 8.30 pagi yerr.Kapten kena angkut bola dengan coach dulu pagi esok.Kereta Myvi merah tu penuh dengan Bola.Bola bowling sendiri dah 2 ,coach 3 dan ada satu lagi beg bola bowling.entah yang siapa coach ambik pun x tahulah.Ok semua be ready for Tomorrow because Tomorrorw Never Die..!!!!

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




No comments:

Post a Comment