Saturday, 15 December 2012

KEJOHANAN BOWLING ANGKATAN ANGKASA 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN


     Pada 30.11.2012 Mustapha,Zairi dan Nik telah meneruskan cabaran bagi menggalas tangungjawab BPKP Angkasa Terengganu selaku wakil Angkasa untuk ke peringkat Kebangsaan.Bertolak ke Shah Alam pada pagi jam 7.30 dan sampai di Shah Alam pada jam 7 malam.Sebenarnya jarak masa tidak lah sampai sebegini lama oleh kerana Kad Minyak Individu Nik tidak aktif dan terpaksa di aktifkan semula kerana belum mengaktifkannya selepas mendapat Kad minyak baru.Singgah di Balai Gebeng dan menunggu hampir 2 jam dan selepas itu ke Temerloh pula untuk mengisi minyak yang hanya ada 1 takat je lagi.Kami bernasib baik kerana sebaik sahaja sampai di Temerloh Kad Minyak Personel Nik telah di aktifkan semula oleh Petronas.Kami meneruskan perjalanan Ke Shah Alam dan menetap di Hotel Intekma Shah Alam.

 Sampai sahaja di Intekma kami terus check in dan bersiap unutk Majlis Makan malam yang diadakan di Swimming Pool.Ada kisah kelakar bila Mustapha yang membawa baju kemeja Bonia yang di iron rapi tersergam indah di dalam Van tidak di bawa naik ke Bilik Hotel kerana Zairi memberitahunya setakat makan malam hanya pakai T-Shirt sahaja.Selepas bersiap Zairi mengenakan baju kemeja dan di bantah oleh Mustapha kerna cadangan Zairi tadi hanya pakai T-Shirt dan dia sendiri pakai kemeja,oleh kerana itu Zairi terpaksa menukar baju T-shirt.Nik pula mengenakan baju Batik yang di perolehi semasa SUKBOM di Kuala Lumpur 2 tahun lepas dan masih belum berkesempatan memakainya.Jadi alang-alang bawak Nik memakainya.Sebaik sahaja sampai di Swimming Pool Hotel kami berjumpa pula dengan En Badri Bomba negeri Sembilan yang mewakili Angkasa Negeri Sembilan.Rupanya ada 2 negeri di Wakili Oleh Bomba.Satu percapaian yang menarik dari Bomba.Acara malam ini di mulakan dengan Bacaan Doa Makan dan kami makan Buffet dengan pelbagai juadah menarik.Mata pun naik berpina tengok makanan.Selepas makan acara pembahagian elaun dan T-Shirt di berikan oleh Angkas.kami mendapat RM 100 seorang dan sehelai T-Shirt setiap seorang.Nik mewakili Team Terengganu untuk mengambil barangan di stage.


Selepas itu kami mengambil gambar kenang-kenangan dan bersilih ganti dengan Bomba Negeri Sembilan.Kami tidak berkesempatan untuk berborak dengan negeri-negeri lain kerana selepas makan kebanyakkan mereka segera ke Bilik,mungkin perjalanan yang memenatkan mereka.


Inilah Trio Angkasa Terengganu dari Jabtan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.tak banyak gambar dapat di ambil kerana masing-masing kepenatan dan mahukan rehat.dan nak tengok bola Suzuki AFF.Sampai sahaja di Bilik kami berkongsi dengan Team dari Perak.Rupanya ada kawan Mustapha dari Terengganu dan mereka dari jabatan BPR,bukan kumpulan nyanyian teteapi Kumpulan Pencegah Rasuah.Sempat kami berborak mengenai hal-hal semasa dan borak-2 kosong.

  Antara kakitanga BKBP Angkasa yang bertungkus lumus menjayakan program pada malam ini dan seterusnya.Pada paginya kami bersarapan di coffee House Hotel dan bergerak ke Shalin's@ Space Bowl di  U8 Shah Alam.Tempat bekas pemain Bowling Negara dan satu-satunya Pusat Bowling yang di buka oleh orang Melayu.Sebaik kami tiba di sini kami mencuba uji lane International di sini.Pada mulanya kami agak sukar mencari dot yang sesuai namun akhirnya berjaya juga di temui.Selepas itu kami di jemput makan tengahhari berdekatan dengan Shalin's Space.Selepas itu kami memasuki semula tempat bowling untuk meninjau lane dan hadiah yang di tawarkan pada hari ini.

Inilah hadiahnya,banyak jugakkan berbaloi rasanya jika dapat no 1-4 memang hadiahnya nampak agak exlusive.tapi dalam kotak susah nak agak.Kami bermain pada lane 8 dan di sebelah kami adalah Team dari Sabah bah..Sebelum bermula kami melakukan sedikit warm in up dan memeriksa condisi papan lane sebelum bermula.majlis ini di rasmikan dan pertandingan di mulakan.
Permulaan permainan kami masih bergelut mencari dot kerana setiap lane mempunyai oily yang berbeza.Mustapha bermain baik dan Nik serta Zairi masih belum panas.Selepas selesai game pertama kami menduduki tempat ke 6 dan bersambung game ke 2 kami mulai menapak tempat ke 5.selepas tamat games ke 2 kami berehat seketika sambil mustapha memeriksa kira-2 lawan yang lain.

Bermula kembali pada games yang ke 3 kami mula bermain baik.kami mula selesa dengan lane dan mula datang keinginan untuk mengejar team yang berada di tempat pertama.sasaran kami semakin hampir bila tamatnya games ke 3 kami berada dalam kedudukan 3 terbaik.
Dalam masa untuk memantapkan permaianan kami telah bersedia untuk memotong team yang berada di tempat pertama namun apa kan daya rezeki kami bukan lagi Johan kerana kegagalan nik mendapatkan Home Strike dan Zairi serta mustapha pada balingan terakhir menyebabkan kami berjaya menjatuhkan 2001 jatuhan Pin dan Team dari kedah kekal tempat pertama dengan 2018 jatuhan pin.mungkin sebab hadiah  tempat pertama adalah beg bowling 3 biji bola dan kami rata-rata mempunya 2 biji bola mungkin sebab inilah kami memang sesuai di tempat ke-2.

kami sempat bergambar dengan Shalin yang kebetulan di jemput oleh Angkasa bagi menyertai perandingan ini dalam kategori VIP.Kami juga nampak kelibat Babul dari Wangsa Walk yang mengajar Bowling untuk sebuah U di K.L

Selepas tamat pertandingan majlis penyampaian hadiah berlansung dan kami menanti hadiah kami seperti mana yang telah di beritahu tadi kami menduduki tempat ke-2 terbaik.

Banyak hadiah yang kami bawak balik.Dengan beg bowling masing-masing lagi dan dengan hadiah ini menyebabkan kami ntak cukup tangan untuk membawanya.namun dengan susunan yang baik kami berjaya juga membawa semua barangan ini dengan sekali jalan.

Aksi Shalin dalam kategori VVIP dan Admin tidak berkesempatan untuk melihat cara dia bermain kerana sedang bertanding dan mungkin bila dapat melihat akan ada teknik dan cara bagi membaiki diri.



Kami sempat lagi posing sebelum bergerak ke Dynasty Hotel Shah Alam bagi merehatkan diri dan tido di sana sebelum bertolak balik ke Terengganu.Insyaallah jika Terengganu dapat memasukki Grand Final dalam Pertandingan Ten Pin Bowling MASKAB kami kan kembali menjejakkan kaki ke sini.

 Ucapan Ribuan Terima kasih kepada semua kakitangan BKBP Angkasa kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Bowling peringkat Kebangsaan ini dan tak lupa juga kepada Shalin kerana memberi hadiah khas semasa kejohanan dan begitu sporting sekali bergambar dengan semua peserta dan kakitangan Angkasa.Jika ada sumur di ladang boleh kami menumpang mandi,Jika ada umur yang panjang Insyaallah kita bakal bertemu lagi di lain tahun dan masa.Tahniah kepada semua peserta dan kepada Team Terengganu keran bersaing sengit dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan semoga dengan naib johan ini kami akan terus berjuang untuk Jabatan,Club dan Diri Kami sendiri dalam arena Bowling ini.Prestasi turun dan naik adalah adat.Latihan yang cukup dan dapat menyerap tekannan semasa pertandingan serta cepat membaca lane akan dapat memajukan diri dalam arena ini.Tektikal dan teknik bermain perlu di perbarui dari semasa ke semasa supaya permainan kita semakin maju dan berkesan.Majulah sukan untuk Negara

GO TURTLE BOWL GO!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment