Saturday, 31 May 2014

FRIENDLY MATCH TEAM JBPM TERENGGANU VS MBKT

Pada 29 Mei 2014 ,satu lagi perlawanan persahabatan di atur bagi memastikan bowlers kita bersedia untuk membiasakan diri dengan perlawanan.Dan ini adalah perlawanan persahabtan terakhir kerana minggu depan sudah bermula latihan intensif.Apa yang di harapkan hari ini kita tentang mereka dengan memberikan persembahan yang terbaik.Walaupun ianya satu perlawanan persahabatan score everage tetap di kira kerana kita mahu lihat performence masing-masing.


Dari ketegori 4 berpesukan lelaki,kita mengharapkan mementum kecemerlangan di teruskan kerana dari 2 perlawanan persahabatan yang lepas mereka berempat semakin serasi dalam membentuk gandingan mantap.keputusannya adalah seperti berikut:



Pasukan lelaki berempat kita tewas pada perlawanan ini dengan beza 64 pin sahaja.Mereka telah berusaha sebaik mungkin namun apa yang terjadi sebenarnya? kita mengharapakan kita boleh tewaskan mereka namun mungkin kita kurang serius dalam games ini.Jika ada salah seorang dari team kita jatuh apa yang perlu kita buat? biarkan ? atau tidak ambik peduli lansung? boleh pulak main pool games terakhir? betul ke cara ni? Adalah menjadi satu perkara kalau kita asyik main-main.Sebernarnya tidak ada seorang pun bertanyakan kepada Nik kenapa dia semakin merudum pada games yang ketiga? dia mengalami kekejangan otot peha kerana ada bisul di pehanya.Mustahil kalau dia berada dalam body condition baik bermain dengan 118 jatuhan pin.Mana pergi semangat berpasukan? mana? seorang pun tidak ambil tahu.Inilah jangan hanya tahu letak nama dan terus bermain.Spirit berpasukan memang betul-betul hilang hari ini.Sedar atau tidak periksalah diri masing-masing.Bukan apa ada sesuatu di luar jangkaan yang berlaku tapi masing-masing tetap dengan sikap masing-masing.Fikirlah rakan pasukan tengah derita kesakitan tapi 3 lagi masih boleh bermain pool.Bukan sengaja mahu kalah tapi di saat genting kita hilang semangat berpasukan.


 Bukan nak mencari salah,sepatutnya perlawanan persahabatan kita tunjukkan semangat kita dan apa team sebelalah pandang.Dia orang cakap Bomba main pool.Rasa macam tidak kena kerana kita tidak menghormati perlawanan persahabatan ini.Marilah kita sama-sama menjaga nama baik masing-masing dan yang penting nama jabatan.Walaupun kita kenal mereka namun tidak semua kita tahu pandangan mereka.Mungkin betul kata orang.Lain rumput lain belalang.Lain orang lain pandangan.Setiap perlawanan kita perlu bersatu hati.Kemablikan lah semangat kita.Seerat serasa sehati dan sejiwa.Kalau kita boleh dapatkan sebelum kita ke Johor..Insyaallah kilauan pingkat pasti kita gengam.
 Bagi kategori wanita dan master,mereka perlu bekerja dengan lebih kuat dan coach perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap mereka berempat ni.Kalau nak di bandingkan dengan Kategori Lelaki open kerana setiap kali latihan mereka bersama kongsi masalah.Insyaallah Coach dan pengurus akan lakukan sesuatu pada minggu depan.Insyaallah,semoga persiapan terakhir kita berjalan dengan lancar.



1) Nik M : 599/4 games = 149
2) Zairi    : 632/4 games = 158
3) Madi  : 720/4 games  = 180
4) MBI   : 698/4 games = 174
5) Zety    : 368/3 games = 122
6) Najwa: 319/3 games = 106
7) CG     : 395/3 games = 131
8) Wan   : 448/3 games = 149

 Keseluruhannya Rosmadi Ayu makin nampak prestasinya semakin meningkat dan En Wan nampaknya semakin baik.Yang lain masih perlu baiki .Kalau dah boleh main sekarang cuma tinggal masalah untuk maintain jerr.Ok semua...Berusaha dan terus berusaha.30 dan 31 rest...latihan akan di sambung pada 1 jun 2014

GO TURTLE BOWLS GO !!!!!!!!!!!!!!!!

LATIHAN HARI KE 6


Pada 27 Mei 2014 ,Latihan pada hari ini terpaksa di buat di Mesra Mall,Kerteh.Kerana masalah lane yang tiada kekosongan samaada di TER atau KT Bowls.Kami bergerak dari Balai Bomba Wakaf Tapai pada jam 9 pagi Menaiki Van untuk ke sana.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.Kami sampai di Mesra Mall pada jam 12 tengah hari kerana behenti makan pagi dahulu di Rhu Rendang.Harga satu game di sini adalah RM 5.00.


Kalau hendak di ikutkan kali ini dan 3 lane bowling berbeza kami berlatih.boleh lah dapat tahu sikit sebanyak namun untuk menjadi expert setiap patern oily tu memang mengambil masa.Tak apa lah janji kita dapat teruskan latihan.Semua bowlers hadir hari ini.Termasuk Coach jemputan Omar.Agak sukar sikit bermain di sini kerana kita jarang sangat berpeluang untuk bermain dengan lebih kerap di sini.
 


Yang pasti everage mungkin ada sedikit penurunan sebab tempat lain dari kebiasaan.Apa pun kita perlu menjaga everage sebaik mungkin kerana itu adalah penilaian prestasi masing-masing.

1) Nik M  : 776/5 games = 155
2) Zairi     : 806/5 games = 161
3) Madi    : 885/5 games = 177
4) MBI     : 816/5 games = 163
5) C.G     :  575/4 games = 143
6) Wan     : 570/4  games =142
7) Najwa :  434/4 games = 108
8) Zety    :  524/4 games = 131

kan dah cakap everage pasti akan turun walau sekuat mana kita push pun.Bukan apa tempat baru kan.Jadi tiada apa yang boleh di perkatakan lagi.Biasanya kalau latihan kita bermain 5 games.games yang ke lima tu adalah untuk kita ambik score setelah kita belajar macam mana  nak kenal cara kita bermain.Tak mengapa walaupun sesi latihan masih panjang kita kena terus berusaha dan berusaha.

 
 Dengar cerita perlawanan persahabatan akan di buat pada 29 haribulan ni.bermakana kita masih ada masa esok untuk membaiki segala kelemahan terutama untuk mengambil spare.Nak jadi pemain pro pun susah jugak sebab budget jer.kita berlatih 5 games sahaja sehari maksimum.jadi apa yang perlu coach dan pengurus lakukan dengan 5 games.adakah 4 games untuk latihan dan 1 games last untuk ambik score? atau 1 games latihan dan 4 games untuk ambik score? biasanya kita pilih yang kedua.Walaupun masa semakin mencemburi kita.Kita kena cepat untuk melakukan post mortem diri sendiri.Semoga terus berusaha membaiki kelemahan diri.Minggu depan adalah latihan minggu terakhir dan berharap masing-masing mencari apa yang belum di jumpai atau mencari yang hilang.

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Thursday, 29 May 2014

FRIENDLY DENGAN TEAM BOWLING POLIS TERENGGANU


Pada 26 Mei 2014 selepas perlawanan Persahabatan dengan JBPM Pahang hari ni satu lagi edisi perlawanan persahabtan di aturkan.Kali ini melibatkan Team Bowling Polis Terengganu.Walaupun pada awalnya Team Polis akan di wakili dengan 4 orang bowlers Lelaki namun atas sebab Teknikal di gantikan dengan Ira.Maknanya seorang pemain Wanita ada dalam perlawanan 4 berpasukan Lelaki.JBPM Terengganu di wakili oelh empat pemain utama mengikut format SUKBOM 2014 yang di aturkan.Pada rancangan awalnya adalah 6 games namun keranan ada sebab-sebab lain hanya 3 games sahaja di jalankan.Inilah keputusannya.Ternyata Team Bowling JBPM Terengganu memenangi Perlawanan ini walau di awalnya mereka nampak baik dan bakal mengalahkan kita.Namun kerana 2 Bowlers Polis jatuh pada games yang terakhir dan Kita masih Mampu untuk bermain dengan baik walaupun sudah memasukki Games yang terakhir.



Sekalaung Tahniah Kepada Kedua-dua pasukan kerana dengan semangat dan sporting semasa perlawanan berlansung.Tahniah Kepada Bowlers JBPM Terengganu kerana memenangi perlawanan pada hari ini.Perlawanan seterusnya di jangka akan di adakan Pada 29 Mei 2014 dan pasukan yang bakal di tentang adalah MBKT.Satu perlawanan menarik yang bakal di hadapi.Mungkin jika ada kesilapan memang sukar untuk kita hadapi mereka.Jadi jika ada latihan dalam masa sehari dua ni kerana berlatih bersungguh-sungguh kerana setiap Perlawanan pasti ada kalah dan menangnya.Good Luck

 Hari ini kita ambik gambar sikit dengan artis.Kebetulan masa ini Ery Putra ada di lane jadi kita ambik kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan dengan artis.Terima Kasih Ery kerana sudi bergambar dengan kami.

GO TURTLE BOWLS GO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

LATIHAN HARI KE 5

 Pada 25 Mei 2014 ,Team Bowling Sukbom Terengganu mneruskan sesi latihan seperti biasaPada hari ini Latihan di adakan di KT Bowls Astaka Kuala Terengganu.Walaupun masih kepenatan kerana baru pulang dari Kuantan namun momentum perlu di teruskan.


Itu lah aksi cham semalam walaupun masih terasa kepenatan masih lagi enjoy bermain bowling.Beberapa perlawanan persahabatan di atur mungkin 1 ataupun 2 lagi kerana masa dah semakin hampir untuk menuju ke Destinasi sebenar.

 

Team wanita masih lagi belajar untuk mencapai target yang di perlukan everage 150 jatuhan pin per games masih belum tercapai.Semoga mereka berusaha dan berusaha segigih mungkin kerana masa masih ada.Kita perlu buktikan yang kita Team Nelang walaupun tempoh latihan yang terhad.


Pada hari kebiasaan latihan nama high score terbanyak jatuhan pin biasanya di kalangan kategori open namun tahniah kia ucapkan kepada En Fauzi kerana berjaya memotong skuad utama.Master mendahului hari ni dengan jatuhan pin sebanyak 205.Kemah Incharge kita tuu.En wan kena kejar CG tuu.


Ok jom kita kira everage masing-masing.Siapa bakal mendahului carta pada hari ini.Bukan apa kalau graf makin naik kira oklah tapi kalau kejap naik dan kejap turun maknnya kita masih belum boleh maintain.

Pendahulu carta hari ini adalah Rosmadi ayu dengan 1039 jatuhan pin dan yang paling mengejutkan hari ini adalah En Fauzi sama everage dengan Rosmadi.Tahniah En Fauzi teruskan usaha cari ilmu bowling berterusan.

 1) Rosmadi : 1039 / 6 games = 173
 2) En Fauzi : 1038 /6 games  = 173
 3) MBI      :    998/ 6 games  = 166
 4) Zairi      :     948/ 6 games = 158
 5) Zety      :     770/ 6 games = 128
 6) Najwa  :     682/ 6 games =  113
 7) NIK M :     633.4 games =  158


Pengurus kita pun mencuba jugak hari ni dengan bermain sebanyak 3 games kalau tidak salah dia bermain bowling yang last rasanya di Mesra Mall tahun lepas di kejohanan antara balai dan Piala Y.S Pengarah.


Ada suatu yang pelik berlaku hari ini kerana kehadiran 2 orang jururawat.Siapa yang sakit nii? Aduss dah lah masa semakin singkat janganlah cedera teruk.Kita dah siap daftar nii.Bukan siapa-siapa pun mereka ni selalu join kalau kita ada latihan.kadang-kadang terpaksa jugak mereka tukar uniform untuk bermain dengan team Bomba.Terima kasih atas Ubat sakit urat tuu.Nik M terpaksa behenti awal kerana masalah kekejangan otot peha dan selepas makan ubat tu keadaan dah pulih seperti biasa.Terima kasih Medikal Team.Tahun depan kita kena sediakan juga EMS Team takut-takut ada yang sakit.

GO TURTLE BOWLS GO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 28 May 2014

TEAM BOWLING JBPM TERENGGANU UNGGULI PERLAWANAN PERSAHABATAN


Pada 24 Mei 2014 kami selamat sampai di Premium lane kuantan.Besar jugak bowling centre ni.Kalau tidak silap 26 lane yang ada.Lane kat sini lebih kurang sama dengan tempat latihan kami di Kt Bowl.So rasanya tidak adalah sangat masalah untuk bermain di sini.



Seperti mana yang di berikan taklimat oleh Coach tentang penempatan lane pemain.Kami semua bergerak ke lane masing-masing tepat jam 4petang.Setelah semua siap kami memulakan perlawanan persahabatan ini dengan baik.kami akan bermain sebanyak 4 games.


Sementara menunggu keputusan rasmi di buat kami semua beridah sekejap di sekitar kawasan bowling dengan bermain games dan minum-minum dulu dan ada juga berposing.


Setelah penguguman di buat kami semua berkumpul untuk menantikan keputusan rasmi.Memang sudah kami tahu sedikit-sedikit tentang keputusan ini kerana semasa bermain tadi kami sudah pun membuat penilaian sendiri dan cuma perlu menunggu keputusan untuk mengesahkannya sahaja.


Keputusan perseorangan Lelaki,seperti mana pada keputusan rasminya.Cuma keputusan ini bercampur dengan wanita.4 Bowlers utama menduduki 4 tanggan teratas.Manakala kategori wanita pula juga di unnguli 2 tangga teratas.

Johan perseorangan lelaki adalah E.Mustapha Bin Ismail.dengan jatuhan pin sebnyak 961 jatuhan pin.


 Naib Johan,En Nik Mohd Norsyahrul Nizam dengan jatuhan pin sebanyak 928.


Tempat ketiga adalah En.Rosmadi Ayu Bin Wahab dengan jatuhan 927 dan hanya beza 1 jatuhan pin shaja dengan Nik.


 Tempat ke-4 adalah En Zairi Bin Abdul Razak dengan jatuhan pin sebanyak 865.Manakala berikut adalah foto dari tema master yang meduduki tempat ke 9 dan 13.




 Manakala bagi kategori wanita pula Memang JBPM Terengganu juga mendahulu 2 tangga teratas yang di Ketuai oleh Johannya Azliza dengan jatuhan 820 pin.


Manakala Naib Johan di menangi oleh Nur Ashikin dengan 749 jatuhan pin.

Manakala Zety dan Najwa menerima hadiah saguhati dari pihak penganjur,Beberapa lagi hadiah seperti Team adalah bercampur dan hanya mengikut lane dan bukannya dari Team Negeri Masing-masing.



Majlis penyampaian hadiah juga di sampaikan oleh Tuan Mohd Amin dan Hadiah utama di sampaikan oleh Tuan Khairulhasni Bin Mokhtar.


Tahniah buat semua Bowlers JBPM Terengganu di atas Kejayaan Meraih Tempat utama dalam pertandingan ini,Walaupun ia di jalankan secara persahabatan dan Muhibah namun kesungguhan dan Keazaman kita untuk meraih Pingat Di SUKBOM 2014 di Johor nanti sudah menampakkan bunga-bunga.
  Terima kasih Kepada Penganjur iaitu JBPM Pahang kerana sudi mengadakan Perlawanan Pershabatana ini.Sekalung Tahniah di atas penyediaan Veneu perlawanan dan sambutan.Jika ada Sumur di ladang boleh kita menumpang mandi dan jika ada umur yang panjang Insyaallah kita akan berjumpa lagi.

GO TURLE BOWL ....GO !!!!!!!!!!!!!!!!


Monday, 26 May 2014

TEAM MENUJU KE KUANTAN PAHANG


Pada 24 Mei 2014 ,Team Bowling JBPM Terengganu bertolak ke Kuantan pada jam 9 pagi.Permintaan dari JBPM Pahang meminta 20 Bowlers untuk perlawanan persahabatan.Seramai 10 Bowler bertolak dari Balai Bomba Kuala Terengganu menaiki bas coaster.Pemandu dan juga Bowler pada hari ini adalah En Mat Nor.


Perlawanan pada petang ini pada jam 4ptg di Premium lane Kuantan Pahang.Semasa dalam perjalanan kami singgah di Balai Bomba Kerteh untuk mengambil baki pemain yang lain.





Admin sempat berselfie semasa bas menuju ke Kerteh.Coach berada di tengah-tengah perut Bas kerana senang nak bagi briefing.kami sampai di kerteh pada jam 11 pagi.Semasa sampai hanya ada 4 pemain sahaja kerana ada yang pergi dengan kereta sendiri.


Zayati sempat juga berposing dalam bas.Tapi mana partnernya? Biasanya kalau berpartner biasanya selalu duduk bersebelahan.Baru lah ada omm nantikan.Kami singgah di sungai Ular untuk menikmati makan tengah hari.Kedai tu ok lah,tapi barangan juadahnya semakin kecil dah sekarang ni.


Di sebabkan bebrapa pemain menarik diri di saat akhir kami terpaksa membawa beberapa pemain dari Parisma Bomba bagi memenuhi quota bowlers.Untuk mencukupkan jugak 20 bowlers.Kami tiba di kuantan pada jam 3petang dan sempat lepak sekejap di kuantan dan terus ke Premium lane.

Saturday, 24 May 2014

LATIHAN HARI KEEMPAT


Latihan hari Ke Empat pada 23 Mei 2014,Buat kali yang pertama semua bowler hadir pada hari ini.Hari latihan terakhir sebelum ke JBPM Pahang esok untuk perlawanan persahabatan.Ada beberapa bowlers jemputan juga turut sama berkongsi idea dan memberi pendapatan tentang bowlers dan teknik.Terima kasih di ucapkan atas sokongan kawan-kawan.Rony ,Ashikin dan Syaza.


Hari jumaat nak berlatih banyak-banyak pun tak sempat sebab masa sedikit suntuk kerana pusat bowling TER ada masa rehat.Jarang perkara ni berlaku.Biasanya pusat bowling kalau dah di buka hanya akan do tutup pada malam hari dalam pukul 12 malam tu pun kalau tidak ada sebarang Pertandingan.

Mungkin ramai yang tertanya-tertanya macam mana rupa si Najwa ni kan.Jadi hari ni Salam perkenalan dari Najwa.Dia baru beginner,Admin ingatkan dah Amateur.Hasil dari latihan tadi dapatlah kita lihat akan peningkatan dan perbezaan selepas berlatih di bawah pengendalian Mustapha.


Najwa bermain straight ball tetapi kalau coach tengok tadi pun macam ada sedikir maslaah dengan bola najwa ( bola pinjam) jarinya dengan bola tidak mengikut ukuran.


Sedar atau tidak kita cuma ada masa 13 hari lagi untuk membuat persiapan.Sempat atau tidak adalah atas diri masing-masing.Kalau nak berjaya tidak semestinya tunggu orang datang mengajar kita,sepatutunya kita yang perlu banyak bertanya.


Team dan apa yang di maksudkan dengan pasukan? semangat bekerjasam dan saling bantu membantu boleh mengikat dan merapatkan hubungan siratulrahim.Team kita ni dah semakin hari semakin nampak keakrabpannya cuma ada beberapa bowlers lagi yang masih malu-malu.Masa masih ada untuk kita bina kekuatan dan persefahaman.Sokongan dan dorongan dari bowlers amateur amat di perlukan masa ni.Mungkin esok semasa perlawanan kita akan tengok apa patern Team kita.Sedikit rasa seronok bila do fikirkan apa yang bakal berlaku.Just wait and see.


Kategori master hari ni sudah mula enjoy bermain bowling berbanding latihan lalu.En Fauzi ambik High Game hari ni 220 jatuhan pin.Dari segi mentaliti dah nampak semangat dan keyakinan En Fauzi ,admin cuba juga untuk mengejar En Fauzi tetapi dia lari laju hari ni tak sempat nak kejar.Tahniah En Fauzi pretasi memberansangkan hari.Teruskan Usaha tingkatkan azam.Otai makin berbisa.En.Wan kena cepat sikit yerr patner dah dapat tuu.

Kategori wanita pula,di sebabkan hari ni baru dapat petner Zayati namapak sedikit risau dan permaianan dia agak merosot sikit hari ni.Sakit pinggang kesan dari jatuh.Kena pergi mengurut tu.tapi dia jatuh kat rumah bukan kat lane.Sabar lah Zety yerr masa masih ada.Kita dah program dah latihan intensif selepas balik dari Kuantan nanti.


Kategori lelaki open tidak perlulah nak di huraikan panjang-panjang.Bukan apa kesan dari pertandingan malam tadi sedikit sebanyak memenatkan dan mereka cuma ambik cara balingan dan berlatih spare sahaja hari ni.Rosmadi dengan bola barunya masih belum diaktifan sepenhnya lagi.Sabar yerr Rosmadi nanti datanglah tuu.



Hari ni buka dairy Coach ambik score dan everage jadi masing-masing tentu tahu apa yang mereka lakukan hari ini dan inilah hasilnya.kalau nak lebih ke hadapan kena berusaha lagi,Kita main bowling ni bukan nak tahu dari segi teknik sahaja.Bila kita bertukar tempat latihan macam-macam kita kena baca tentang lane.Dari segi oilynya dan patternnya.Tapi bergantung pada stail dan skill masing-masing.Tapi yang penting Enjoy The Games.

 Pengurus cakap apa ni kat En Fauzi.Mana aci tuan main belakang ni.heheehehe.Inilah dia high score kita hari ini.Malam ni rehat secukupnya yerr semua.Esok kita aka perlawanan persahabatan di Kuantan.Take care and Good Rest to all JBPM Terengganu Sukbom Team 2014.