Saturday, 30 June 2012

PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012 SIRI KE-6

Asslamualaikum,Kali ini siri ke-6.Inilah siri terakhir sebelum berehat selama 2 bulan kerana bulan puasa dan Raya.Kami bermula latihan pada 17 jun 2012.Latihan selama 3 hari sebelum kami bertolak ke Johor Bharu.Latihan kali ini di hadiri kembali dengan pengurus pasukan bagi kejohanan Bersiri ini.Selamat Kembali pengurus Fauzi.
 Ketika dalam Perancangan untuk ke JB kami di maklumkan penarikkan diri oleh Nur Hidayah.Maka pemain wanita sekarang ni hanya ada Zurina Seorang sahaja.Siapakah Bakal menggantikan Dayah?Kami akan maklumkan nama pemain tersebut selepas keputusan dan segala urusan pendaftaran pertukaran pemain selesai sepenuhnya nanti.
 Latihan kali ini juga tidak di sertai Oleh Kapten pasukan Mustaffa kerana dia terlibat dengan latihan dan pertandingan MAKSAK Terengganu.Oleh kerana Siri ke-6 ini di awalkan seminggu yang sepatutnya berlansung pada 30 september Mustaffa tidak akan menyertai pasukan ke JB.
 Pada 21 jun2012 kami bertolak ke Nilai dulu untuk berehat di sana semalaman sebelum bertolak ke JB.Malam tu kami sempat ke Seremban untuk test lane dekat Ampang Superbowl.Keesokkan harinya kami mulakan perjalanan ke JB.Agak jauh perjalanan kami tapi kalau dari Nilai dalam 3 jam.Sampai sahaja kami ke JB kami terus Check in di Hotel 11@Century.Selepas berehat kami pun pergi ke Lane di Leasure Mall,Pelangi Bowl.Lane ni memang untuk pemain hook kerana bola mudah masuk kerana oillynya.
 Semasa makan tengah hari dekat Larkin ada satu hidangan yang belum pernah kami jumpa.Iaitu Kacang Pool.Tapi nampak sedap jee
 Inilah Kacang pool,kalau macam Tuan Syariman dan Zurina memang dia orang dah biasa bagi pemain lain yang ni pelik sikit.
Tak terliur ke? sedapkan kalau di makan.Kuah dia Sardin.Tapi ada juga yang tidak berkesempatan merasainya.
  Hari pertandingan di mulakan dengan Bismillahhirahmanirrohim kami mulakan.Pemain hari ini untuk TRIO di ketuai Tuan Wan Syariman ,Zurina dan Zairi.Sebelum pertandingan Coach memberi simple taklimat pembakar semangat"Hari ni main relax je dan jangan preasure sesama sendiri kita main enjoy your game".Ada yang ambik ringan je apa yang Coach cakap tapi tak pe mungkin debaran pertandingan,Insyaallah dia orang dengar tu.Pada game yang pertama Tuan Wan Syariman hanya membuat 147 jatuhan pin manakala Zurina pula membuat 160 jatuhan pin.Peningkatan yang baik di tunjukkan oleh Zurina dan Zairi sudah mula menjumpai sentuhannya.Zairi membuat 213 jatuhan Pin.Zairi nampak relax dan cool dan pasukan membuat 520 jatuhan pin.
 Pada game yang kedua Tuan Wan menunjukkan peningkatan dengan membuat 174 jatuhan pin manakala Zurina pula membuat 147 jatuhan pin dan Zairi membuat 192 jatuhan pin.Pasukan membuat 513 jatuhan pin dan jika boleh di maintain untuk 2 game lagi,Grenti ada nombor.
 Game yang ketiga Coach dan pengurus mula berdebar dengan pengurus mula sibuk membuat tinjauan manakala Coach pula mula mengikuti Zurina bagi mengelakkan sebarang kesilapan besar berlaku.Pasukan kami membuat 509 jatuhan pin dimana Tuan Wan membuat 152 jatuhan pin manakala Zurina membuat 158 jatuhan pin dan Zairi masih maintain dengan 199 jatuhan pin.
 Pada Game keempat Zurina membuat kejutan dengan membuat 199 jatuhan pin dan Tuan Wan membuat 174 jatuhan pin manakala Zairi pula membuat 151 jatuhan pin.Pasukan kami membuat  516 jatuhan pin dan Totalnya 4 game Team membuat 2056 jatuhan pin dan rasanya score ini adalah yang tertinggi Team setakat ini.
   Setelah tamat semua permainan kami di sahkan Juara TRIO untuk siri ke-6.Tahniah di ucapkan kepada semua pemain dan Pasukan Turtle Bowl Terengganu dengan menjuarai acara Trio.Tahniah sekali lagi.


Inilah Score pasukan dari No1-ke 12.Pebezaan Jatuhan pin tidaklah jauh sangat ini bermakna pemain perlu mengekalkan prestasi dan mencari teknik yang terbaik dalam usaha meningkatkan prestasi.


 Keputusan yang lain dari 22 senarai pasukan yang menyertai pertandingan kali ini.Semoga kita akan bertemu kembali di melaka pada bulan September nanti.Di harapkan pemain kita dapat berlatih dan terus berlatih tanpa jemu.

  Sebelum kami bertolak balik ke Nilai kami singgah makan sekali lagi di Larkin kali ini Chicken Chop di sini memang menarik dengan hidangan dengan Sizzling plate.Sampai sahaja berasap-asap di atas meja dan kuahnya cukup pekat dan susah nak cari di Terengganu nihh

Terima kasih juga kepada Tuan rumah Bomba Johor Bharu yang telah memberi kerjasam yang baik semasa dan selepas pertandingan dan semoga kita akan bertemu lagi di bulan September nanti.
GO TURTLE BOWL GO!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment