Thursday, 28 June 2012

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012.SIRI 1



Siri Pertandingan Bowling MASKAB ini di poskan kembali kerana terdapat beberapa masalah dalam menyediakan kelengkapan untuk mengemaskini blog ini.Mulai bulan ini Blog ini akan di kemaskini dari masa ke semasa.Siri pertama adalah di Selanggor dan di anjurkan di IOI Puchong dan Peskab Bomba Selangor menjadi Tuan Rumah penganjuran.Manakala Penganjur utama adalah MASKAB.Dengan usaha dan latihan yang baru di jalankan.Para pemain di pilih semasa selection yang berlansung di TER ,Terengganu Akuastarian Resort di Kuala Ibai.Senarai Pemain mengikut pemilihan tersebut yang di pilih oleh Pengurus Bowling PESKAB Bomba Terengganu.Tuan Wan Syariman:-
1) Mustaffa Ismail
2) Mohd Zairi Abdul Razak
3) Nik Mohd Norsyahrul Nizam Bin Shaban
4) Fauzi
5) Zurina Binti Abdul Latif
6) Nur Hidayah

Pemilihan ini adalah untuk mewakili Bomba Terengganu bagi Pertandingan Ten Pin Bowling MASKAB dan Ke Sukan Bomba SUKBOM di Sarawak.

Untuk Siri yang pertama Bomba Terengganu yang di wakili oleh Mustaffa Ismail,Mohd Zairi dan Nur Hidayah mendapat tempat ke 23 dari 24 pasukan,Manakala Nik Mohd bertindak sebagai Jurulatih dan Fauzi sebagai Pengurus pasukan bagi Pertandingan bersiri ini.

Johor A muncul sebagai Johan Sulung bersiri ini manakala Perak A dan Ketiga adalah Kelantan.Johan bagi setiap siri akan mendapat wang Tunai RM 1,500.Tempat kedua RM 800 dan Ketiga RM 500.Mungkin ini adalah siri yang pertama dan kita terdiri daripada pemain perempuan yang masih baru dalam sukan bowling ni.Tak pa lah janji kita dah mula belajar dan mula membentuk pasukan.Masih ada 10 siri lagi.Insyallah kita akan mendaki tangga demi tangga.

Tempat ke 23 dari 24 pasukan.Point pasukan hanya dari tempat pertama hingga ke sepuluh.Insyaallah kita akan buat post mortem dan bakal turun dengan tektikal yang baru.Di harap pemain akan meningkatkan prestasi di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment