Thursday, 28 June 2012

PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING MASKAB SIRI 3

  Selamat HAri Jadi Pengurus Induk Bowling Paskeb Negeri Terengganu.Inilah Suprise Party yang menjadi betul-2 suprise.Terkejut juga bos kita ni kan.Semoga Panjang Umur dan Di murahkan Rezeki.Suprise Party ini di anjurkan oleh Zurina dan Zairi.Nasib baik baru nak ke Kedah....Happy Birthday Tuan.................
     Pada 26 April 2012 Team bowling kami mula bergerak ke Alor Setar,Kedah untuk memulakan aksi Siri ke-3.Edisi kali kami turun tanpa Nur Hidayah yang terpaksa di skipkan untuk siri ke 3 ini.Apa masalahnya biarlah kami yang tahu.Sebenarnya Team kami mengadakan latihan sendiri dan budget pun sendiri.Bukan apa Kelab sukan Kami kurang Dana ,maklumlah Bowling kan kosnya agak tinggi dan Kami bersyukur dapat Rm 285 seorang sampai habis Siri ini bulan 12 nanti.Saya ada bertanyakan Seri Bombanita dari Kelantan kerana dia berasal dari Kedah.Dia kata Hotel Budget ada dan sudah Booking untuk kami.Sampai di Alor Setar lebih kurang 8 malam.Hotel yang sudah di Booking pula tak dapat di cari kerana kawan si Seri pula tak angkat telefon.Kami redha dan akhirnya berjaya mencari Hotel Budget Alor Setar Recreation Club
( ASRC).Biliknya cukup luas dan cukup selesa.Lebih Kurang 9 malam kami ke Sky Bowl Alor Setar untuk test lane tapi malam ini ada Moon Light.Maknanya Bowlers akan bermain dalam keadaan gelap dan hanya nampak Pin sahaja.Hanya Tuan Syariman Mustaffa,Zairi dan Zurina yang bermain.Zurina menggantikan Nur Hidayah untuk siri kali ini.Selesai bermain kami pun pulang ke Hotel ASRC untuk rehat dan tidur.
  Keesokkan Harinya kami ke Sky Bowl untuk kebiasaan.Kali ini semua bermain termasuk Coach dan Pengurus.Mustaffa nampak gayanya sudah kembali ke prestasi asalnya selepas perbedahan membuang lendir di lututnya tahun lepas.

Mustaffa dan Zairi dalam aksi membentuk gandingan terbaik dalam Pertanding bersiri ini.Lane nya nampak baik dan mudah untuk bermain.Semua pemain mencari setting terbaik pada sebelah pagi ini.

Inilah Tuan Syariman dan Isterinya Zurina.Kali pertama Zurina muncul untuk pertandingan bowling yang sebesar ni.Kita tengok macam mana debarnya Zurina ni nanti.

Aksi coach ni nampak relax dan bergaya tapi dalaman hanya Tuhan saja yang tahu.Walaupun tanpa dia orang sedar yang memikir dan yang berharap sangat agar dia orang performe dengan baik sekurang-kurangnya memberi cabaran terbaik.jangan bagi malu Coach..hehehe

Ini lagi teruk,Pengurus sampai sakit-sakit badan memikir prihal anak buah yang bermacam-macam ragam dan perangai sampai kena mengurut Pengurus kita ni.Dia ni sentiasa cool je,pengurus katakan.Pada sebelah petang Semua pemain melakukan setting terakhir sebelum pertandingan esok.


 Selepas sarapan pagi kami mula bergerak ke Sky Bowl sekali lagi hari ini.Beratur menunggu Lift untuk naik ke Sky Bowl.Hari ini kami pakai baju ala-ala Team Malaysia.Di Harapkan bermain pun ala-ala Malaysia lah kan.


 Debaran makin di rasai.Saat-saat bermulanya siri ke tiga.Di harapkan mereka semua bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh untuk mencari 10 tempat terbaik.Dengan Bismillahhirahmanirahim...Pertandingan di mulakan.Selepas selesai 4 game permaianan kami semua bersyukur,Alhamdulilah kerana Allah memberikan kami rezeki kali ini.Kami mendapat Tempat ke-2.
 Inilah dia gandingan terbaik Trio kami.Gandingan Perak.Insyaallah bila balik nanti kami akan menambah baik latihan untuk tingkatkan prestasi.
Pertandingan ini adalah yang terbaik setakat ini. Team Terengganu memang Fight habis-habisan  rupanya Negeri Sembilan A masih di depan dengan hanya perbezaan 2 jatuhan Pin sahaja.Inilah yang menyakitkan hati kan.Tetapi Kami semua bersyukur walaupun perbezaan hanya 2 pin.
Manakala tempat ketiga adalah Bomba A.Tahniah Terengganu.Mustaffa menunjukkan prestasi terbaiknya sepanjang 4 game dan Zairi masih lagi mencari rentak sentuhan,Insyaallah dia akan bangkit nanti.Dan Zurina dalam pencarian untuk mengekalkan kosistensinya.Setakat hari ini Zurina bermain Everage 130 per game.Mungkin dengan latihan kita naikkan sedikit everagenya supaya menjadi 140 pula.Insyaallah.
GO TURTLE BOWL GO!!!!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment