Thursday, 28 June 2012

PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012 SIRI 4

Selepas habis sahaja Tournamnet di Kedah kami terus bergerak ke Pulang Pinang pula untuk meneruskan siri ke 4 ini.Walaupun rasa suka duka semalam belum lagi reda,hari ini kena mengerah tenaga semula.Insyaallah ada sinar hari ini.Tapi bila sampai sahaja lane dekat Mega Bowling Center,Megamall Penang,Prai.Tempat ni agak suram dan gelap.Kalau ikutkan cakap Tuan Tarmizi katanya macam rumah hantu.
  Sampai sahaja di prai kami terus ke lane untuk test bagi menghadapi pertandingan siri ke 4 esok.Setelah test lane kami pun bergerak mencari hotel untuk tidur.Memang susah nak cari hotel budget di malam minggukan.Tak silap kami berjaya juga cari hotel tapi dalam pukul 1 pg.
  Keesokkan hari nya selepas check out kami terus mencari sarapan pagi dan bergerak ke megamall untuk pertandingan siri ke 4 ini.Game pertama Mustaffa seperti biasa mencari spot / dot nya.Sebagai pemain hook,game pertama adalah masa untuk mencari dot yang paling sesuai dan bermula game ke dua baru bola itu akan mula masuk untuk strike.Zairi bermain agak baik tapi dia boleh score lebih tinggi dari 150 jatuhan pin.Kawe pun tak tahu apa masalahnya.Zurina  pada game yang pertama 147 jatuhan pin.nampaknya Team ada sedikit penurunan pada game pertama.447 jatuhan pin untuk game yang pertama.
 Pada game kedua pula Mustaffa sudah mula menunjukkan performancenya dia membuat 172 jatuhan pin sementara Zairi masih kekal 158 jatuhan pin sama dengan game yang pertama tetapi Zurina tiba-tiba drop 127 jatuhan pin.Team kalau nak bersaing mesti score pergame adalah 500 ke atas.Game kedua kita hanya membuat 457 jatuhan pin.
  Pada game ketiga,Mustaffa sudah membuat 190 jatuhan pin manakala Zairi tiba-tiba jatuh ke 130 jatuhan pin sahaja.Zurina pula sudah melepasi Par personalnya 130 jatuhan pin iaitu 138.458 jatuhan pin pada game yang ketiga masih di bawah 500 jatuhan pin.
 Pada game keempat mustaffa melakukan 246 jatuhan pin dan rasanya dia adalah high score setakat ini.Zairi juga melakukan force yang baik kepada 180 jatuhan pin manakala Zurina juga naik kepada 162 jatuhan pin.
total 1930 jatuhan pin.Apabila keputusan di umumkan Terengganu menduduki tangga keempat.Syukur Alhamdulillah kita berada dalam top 5.Inilah keputusan penuh di penang.




Kita lihat score pada kali ini menunjukkan score johan adalah 2030 jatuhan pin.maknanya kalau kita bermain maintain 500 jatuhan pin keatas kita akan automatik berada dalam 3 pasukan terbaik.Insyaallah,kita akan membaiki persembahan masing-masing pada game yang akan datang.
GO TURTLE BOWL GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment