Pada 23 mei 2012 kelab bowling Bomba Terengganu telah menghantar 6 orang peserta untuk menyertai Pemilihan yang diadakan setahun sekali ini.Mereka adalah Tuan Wan Syariman,Zurina,Zairi,Mustaffa,Fauzi dan Nik Mohd.
Pemilihan ini di jalankan secara 3 peringkat.Peringkat pertama diadakan secara 7 block.Setiap seoraang akan bermain 6 games dan jumlah keseluruhan akan di kira dan pemain dengan mata jatuhan pin akan di pilih seramai 15 orang untuk sesi pemilihan kedua dan 8 pemain lelaki dan perempuan akan di pilih mewakili negeri Terengganu pada kejohanan MAKSAK di melaka pada 21-25 Mei nanti.
Pasukan Terengganu bermain pada blok kedua pada jam 8.00 malam di KT Bowl ,astaka Terengganu.Bermain pada sebelah malam rasanya team kita selalu berlatih pada siang hari dan bermain di waktu malam mungkin sedikit perbezaan.
Habis sahaja permaianan 6 games,Mustaffa menduduki tempat pertama dan Zairi berada pada tempat ke-8 rasanya.Manakala Zurina kemungkinan akan berada pada tempat untuk ke pilihan kedua.Bagi pemain yang lain tahun depan cuba lagi yee . . .Tahniah kepada Mustaffa,Zairi dan Zurina dalam kategori masing-masing
Setelah habis semua block permainan Hanya Mustaffa yang terpilih untuk mewakili MAKSAK Terengganu bagi tahun 2012.Tahniah Mustaffa buat yang terbaik...
No comments:
Post a Comment