Saturday, 30 June 2012

PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012 SIRI KE-5

Pada 24 MEI 2012,pada jam 10 pagi kami bertolak ke ipoh, perak.Pada pergerakkan kali ini kita kekurangan 2 anggota.Fauzi sebagai pengurus bagi kejohanan Maksak ini tidak dapat bersama kerana baru menjadi bapa.Kelahiran anak sulungnya,Manakala Nur Hidayah masih di skipkan untuk siri ke-5 ini kerana masalah dalaman.Kami sampai di ipoh perak lebih kurang 10 malam.Lepas tu rehat dan tidur.
 Keesokkan harinya kami ke lane untuk test condition lane di Ampang Superbowl,Ipoh.Ada sesuatu yang berlaku pada fokus pemain terutama Mustaffa dan Zairi.Tak salah dia orang hanya test 3 game dan selepas itu keluar berjalan-jalan untuk releasekan tension.Mengapa perlu tertekan ? ke ada perkara lain ni?Rupanya mereka keluar mencari baju untuk di gunakan pada pertandingan esok.Yang peliknya model untuk baju tu Coach merangkap pengurus.
 Inilah pandang hadapan baju Diadora.Siapa ada kening tu.Baju ini di sponser oleh Zairi.Terima kasih Zairi kerana menjadi penaja baju kali ini.
Pandangan belakang baju ini amat unik sekali.Kalu kita pandang di hadapan dan bila pemakainya memusingkan badan,grenti kita akan hilang pencarian kerana design baju ini.
  Hari pertandingan telah tiba.Dengan Bismillahhirahmanirrahim kami mulakan pencarian 5 tempat terbaik bagi mengekalkan 10 tempat teratas.Pada game yang pertama Mustaffa hanya membuat 161 jatuhan pin dan Zairi hanya 131 persembahan ini menurun dari game yang terdahulu.manakala Zurina melakukan 148 jatuhan pin melebihi par biasanya 130 jatuhan pin.440 jatuhan pin maknanya -60 jatuhan pin untuk mencapai sasaran 500 jatuhan pin.Pemain agak tertekan dan Mustaffa mula menekan Zairi kerana kegagalan Zairi untuk mendapatkan spare bila bermain.
 Pada game yang kedua,Mustaffa membuat hanya 147 jatuhan pin manakala Zairi membaiki sedikit scorenya kepada 161.Zurina pula bertambah baik dengan 153 jatuhan pin.Total score game kedua adalah 461 bermakan -39 jatuhan pin kurang untuk sasaran.Keadaan semakin panas dengan Mustaffa banyak menekan sesama sendiri kerana dia juga gagal dalam mencari balingan yang sesuai dengan lane condition di sini.
 Pada game yang ketiga,Mustaffa hanya membuat 149 jatuhan pin.Apa dah jadi dengan Kapten kita ni pun kawe tak pasti.Manakala Zairi nampaknya sudah mula hilang semangat dengan hanya 123 jatuhan pin.Jauh dari prestasi semasanya.Zurina semakin baik balingannya kepada 165 jatuhan pin.Mustaffa dan Zairi perlu segera bangkit bagi memberi saingan dan mencari 5 tempat terbaik.Total game ketiga 437 semakin jauh dengan -63 jatuhan pin.
 Game yang keempat,Mustaffa membuat 162 jatuhan pin dan Zairi semakin hilang punca dengan hanya 108 jatuhan pin.Zairi bermain straight ball sepatutnya dia boleh bermain lebih baik dari apa yang dia tunjukkan pada hari ini.Zurina pun sudah mula hilang semangat di tambah pula dengan kata-kata menekan dari Mustaffa sampai tak tertahan Zurina dengan tekanan.Zurina membuat jatuhan pin kepada 111.Total 381,pada game yang terakhir membuatkan Team kita semakin jauh dari target dan sasaran. total keseluruhan adalah 1719 jatiuhan pin bermakna kita kekurangan -281.Jauhnya...
 Kesimpulan pada permainan adalah attitude dan fokus.Selaku kapten kepada pasukan kita sepatutunya memberi semangat dan dorongan kepada anak buah kita.Jangan kerana kita gagal untuk mencari point untuk pasukan kita menekan anak buah kita supaya buat yang terbaik untuk melindungi atau cover kita.Kapten memang berhak bersuara tapi kena fikirkan juga perasaan anak buah kita.Jika kita tak mampu jangan berikan kekurangan itu kepada orang lain.Kapten pun banyak bercakap pasal MAKSAK hinggakan fokus hilang untuk bagi acara bersiri ini.Kadang-kadang bila kita bercakap dengan kelebihan kita atau bercakap besar ni bukan kawan-kawan tak suka tapi yang penting Allah pun tak suka umat manusia bercakap besar melebihi sangat.Bagi Zairi pun dia perlu tingkatkan prestasi dan lebih relax dan jangan campur masalah lain bila beraksi di gelanggang.Selepas gagal nak tuju pula kesalahan pada orang lain.Zurina perlu kekalkan prestasi dan terus mencuba.Zurina masih baru tapi cara dia bermain tadi macam dah lama bermain.Perlu lebih tenang dan teruskan usaha berlatih tanpa jemu.Kadang-kadang ujian datang mematangkan kita,Sebagai Coach, pemain hilang fokus dan memberi preasure pada kawan kita bukan sifat yang baik untuk pasukan dan jika bukan rezeki kita hari ni maknanya bukan hari kita lah.Bermain macam biasa jangan nampak terdesak sangat nak kan kemenangan.Biar tenang dan teratur.Semua pemainan pun sama..inikan Pula bowlingkan.Apa pun .. kita buat post mortem dan baiki cara kita bermain dan strategi baru mungkin akan di lakukan di johor nanti. Insyaallah...GO TURTLE BOWL GO!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment