Pada 17 Jun 2018,Skuad Sukbom Bowling Telah bersetuju untuk menghantar 4 pemain ke Melaka untuk menguji Lane di sana.Sebetulnya semua perlu di bawa lagi senang tapi keputusan sudah di buat jadi kita redha je lah kan.Tujuan kami di hantar bukan untuk kami sahaja malah setelah pulang nanti kena bagi taklimat pada kawan-2 yang lain tentang keadaan lane di sini.
Kami berkumpul di Balai Bomba Kuala Terengganu dan dengan menggunakan Van Urvan Balai Wakaf Tapai,kita merancang dan Allah menentukan perjalanan kami sempat sampai di Highway Bukit Besi sahaja kerana Van rosak.Klip pada Enjin tidak di kemaskan.Jadi kami menghubungi Benkel untuk menarik Van kembali ke Kuala Terengganu.Setelah Menukar Van Kuala Terengganu kami meneruskan kembali perjalanan.Kami sampai di Balai Bomba Air Keroh pada jam 12 tengah malam.Kami menginap di Transit Balai Bomba Bikit Katil.Satu hari di habiskan kerana perjalanan sahaja,
Untuk Pemain wanita yang kita letakkan harapan adalah pada Nurul Najwa yang 3 pemain lain adalah sebagai pelengkap untuk Nurul Najwa boleh pergi ke All event nanti.Sebab kalau Bomba Terengganu ni masalah Wanita masih belum dapat di atasai lagi sampai sekarang.Partnernya pula dalam pantang kerana dapat Baby.Tahniah Zayati dapat Baby.Mejoriti pemai wanita adalah beginner masih tak nampak jalan untuk dapatkan satu pingat sekalipun.Semangat mereka kuat namun tunjuk ajar masih mereka perlukan.Insyaallah kita susun program lain untuk wanita nanti.
Untuk Bakri dan Zairi rasanya tidak ada banyak masalah kerana mereka bermain straight ball sahaja cuma spare kadang-2 miss .tu je cuma kena perlu berhati-2 untuk ambik spare.Semasa latihan pusat nanti harap semua boleh bagi performance yang baik sebelum ke Sukbom 2018.
GO TURTLES BOWL GO !!!!!!!!
No comments:
Post a Comment