Saturday, 8 September 2018

LAST DAY SUKBOM 2018

OK lah disini sebagai coach ada beberapa perkara yang sedikit menggangu pemain pada SUKBOM 2018.Yang jelas adalah pada hari ketiga di mana selepas bermain dan mendapatkan Emas jelas semua pemain memang sudah kepenatan.Bukan kita tidak mahu pergi memberi sokongan kepada team lain sebab esok kita masih ada perlawanan jadi lain kali saya mintak pengurus pasukan memastikan perkara ini tidak berulang lagi.Saya mohon maaf kalau ulasan saya ini menyakiti sesiapa saya cuma nyatakan yang betul dari apa yang saya pelajari semasa coaching bowling level 1 dan Sains sukan level 1.Sepatunya kita habiskan dulu semua event kita lepas tu baru kita pergi ke event orang lain.Kalau yang Team wanita pun sama juga bagi sokongan sebagai mana Team lelaki selalu ada di belakang ketika kamu semua bermain.Sama-sama memberi sokongan anatra satu sama lain. Yang kedua adalah sikap ada anatara Team wanita ni macam tidak ngam.mungkin kalau ada yang suka memberi maslah bagi saya baik kita bincang balik perkara dengan pengurus.Sebab perkara ini pun boleh merendakan moral pemain dan sebolehnya pengurus kena sentiasa berada di bowling Alley setiap kali ada game tidak kira Lelaki atau perempuan.Sebab ada yang sakit masa game tu pun anatra kita sahaja yang berkejaran cari ubat-ubatan.Kita kena bagitau perkara yang perlu semasa games.masa latihan tak pa lah sebab coach ada ...kalau hari game ni memang penting lah pengurus perlu ada kan.Saya mohon maaf sekali lagi jika ada yang terasa.Saya hanya menjalankan tugas saya sahaja.Tahniah Buat Team lelaki dan Team wanita pengalaman tahun ini kena bawa ke hadapan untuk lebih maju laju lagi.kadang-2 kita berubah demi kejayaan lagi besar nikmatnya kerana di situ kita baru rasa usaha kita.
Tepat jam 8 pagi kami bertolak ke bandar Melaka untuk bersiar-siar sebelum pulang ke Terengganu.


sebelum pualang kami singgah di rumah terbalik rm15 satu kepala tu untuk masuk ke sini.Lepas tu kami pergi ke Dataran pahlawan membeli barang-barang untuk di bawa pulang.Ada yang beli kerepek, baju anak,key chain dan macam-macam lagi lah.


 Sampai di kuantan kami sempat menziarah Tuan Kamaru Fiza bekas ketua Balai Kuala Terengganu dulu.Sakit tapi tak dapat detect apa penyakit dia yang sebenarnya.Apa pun semoga Allah memberikan kesembuhan buat Tuan dan dapat kembali bertugas seperti biasa.Amin.





 Sebelum keluar dari pahang singgah dulu di Tanjung Lumpur untuk kena makanan lauk.ohh kalau bab makan ni laju sungguh dia orang ni kan.Terima kasih kepada Sponsership kita.Siapa tu tak boleh bagitau nanti ramai pula yang berminat.kita orang sampai di Balai Kuala Terengganu Lebih kurang pukul 2 pagi.Maka perjalanan kami berakhir di sini semoga berjumpa lagi di SUKBOM 2020 di Negeri Pulau Pinang.Tahniah kepada semua pasukan.Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!

No comments:

Post a Comment