Saturday, 8 September 2018

DAY 3 SUKBOM 2018 (ALL EVENT)


Hari ini 6 ogos 2018,Terasa sedikit kepenatan sebab malam tadi tidur lewat kerana sokong Team badminton.Hari yang Terakhir adakah sejarah bakal tercipta sekali lagi hari ini.Kita nantikan.
Hanya 3 wakil dari Bomba Terengganu kali ini kerana Zairi berada di tangga ke 13 belakang Wan mustapa dari Pahang.Tak apalah Zairi baru tahun ni kan kembali kerana dua tahuan lepas dia sakit.MBI,Nik M dan Bakri akan bermain 4 game yang terakhir bagi menentukan keduduakan ranking Bomba Malaysia.Bagi acara Terbuka lelaki.


Setelah tamat permainan di lane 1 & 2 di mana Nik M(670)  berentap dengan Hirwan (786) sedangkan semasa ini Bakri masih berada di fram yang ke lima.Sebab Hirwan main laju dan Nik M main tidak menjadi hari ini.Peluang untuk mendapatkan pingat masih ada jika Bakri mampu menjaga spare dan mendapat Home di Frame ke 10.Pada balingan Frame ke 10 dia berjaya mendapatkan strike ,ketika ini kami semua berharap agar dia dapat strike kedua dan dia dan menang dengan Hirwan dalam beberapa pin.Namun bukan rezeki Bakri hari ini dia hanya mendapatkan spare sahaja.Memang frust Bakri.Sabarlah Bakri dua tahun lagi kita rampas pula.

Sabar lah Bakri ..Gangsa dah dapat pun..sabar-2
Inilah dia result untuk acara All event.memang liat sungguh nak makan Hirwan ni.Nanti lah bila balik nanti kita akan cari formula untuk kalahkan Hirwan ni.


Tahniah Bakri dapat Gangsa



Tahniah Team Lelaki Open Bomba Terengganu Tahun ini Mendapat 2 Emas ,1 perak dan 2 Gangsa ada peningkatan walaupun kita tidak berjaya membawa pulang 2 lagi Emas tetapi semua Event kita mempunyai pingat.Tahniah Semua.

GO TURTLE BOWLS GO !!!!

No comments:

Post a Comment