Saturday, 8 September 2018

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN DAN BERTOLAK KE MELAKA

Team Bowling bergambar bersama Timbalan Pengarah Negeri Terengganu
  Pada 2 ogos 2018,Jam 9.30 pagi ,satu majlis penyerahan Bendera Kontijen telah diadakan di foyer ibu pejabat JBPM Negeri Terengganu.Timbalan Pengarah Bomba PgKB I Haji Sarikan Bin Bustaman.Ketua Kontijen kali ini adalah PKPgB Rozizah Binti Ibnihaja.Satu-2nya Ketua Kontijen Wanita.Betapa Hebatnya Bomba Terengganu Kali ini.Kesemua Peserta atau Atlet adalah seramai 78 orang yang akan mengambil bahagian dalam acara masing-2.SUKBOM 2018 akan berlansung dari 3 sehingga 7 ogos 2018

Atlet wanita JBPM Negeri Terengganu


Sebaik sahaja tamat Majlis Penyerahan Bendera kami mula bergerak ke Melaka kali ini bertolak awal.Team Bowling menaiiki van Nissan Haice operasi negeri.4 lelaki dan 4 perempuan bergerak bersama-sama.
 


Van di pandu bergilir-gilir antara kami sehingga sampai di Melaka pada jam 9 malam.Disebabkan perkampungan sukan esok baru boleh check in kami mnginap di transit Balai Bomba Bukit Katil.Team lelaki datang ke MITC malam ini untuk sambung latihan walaupun penat dalam perjalanan belum habis lagi.Lepas itu kami balik dan rehat.Esok kami akan ke MITC lagi sekali untuk latihan pra games.

GO TURTLE BOWLS GO !!!!!! 

No comments:

Post a Comment