Saturday, 8 September 2018

DAY 1 SUKBOM 2018 (Single dan Doubles)

Pada hari ini 4 ogos ,acara pertama adalah single Lelaki terbuka.Pada hari ini sebagaimana yang di janjikan oilynya ada 41 feet.Sebagaimana yang telah di beritahu pada blog yang terdahulu Hirwan dari Penang memang menepati ramalam untuk merangkul Emas dalam acara ini.Mohd Bakri gagal mempertahankan Emasnya yang di menangi 2 tahun lalu.Emas,Hirwan Bin Hassan (Penang) total jatuhan pin 797 everage 199 .Perak ,Awang Junaine bin Awang Sulong (Sarawak) total jatuhan pin 774 everage 193.Gangsa,Nik Mohd Norsyahrul (Terengganu) 769 everage 192 jatuhan pin.

Gaya gangsa dari NIk M
Gangsa pingat pertama untuk Team Bowling Negeri Terengganu
Tahun ni medal dah berpetak,dulu bulat
Result untuk acara single
Sekurang-kurangnya Team kita ada juga medal untuk acara single ini.Kita berharap Bakri datang untuk potong namun yang di tunggu tidak tiba.ok lah harap kita kenal pasti dan dapat bermain dengan lebih baik pada acara doubles pada sebelah petang nanti.


Pemulaan acara double pada sebelah petang pada game yang pertama Team Terangganu B MBI dan Bakri mendahalui sudah nampak kilauan Emas dan Trg A Nik M dan Zairi berada di tangga Kedua.Sampailah ke games yang ketiga.Ketika Games yang keempat Nik M membuat jatuhan 212 bagi menutup games yang keempat.Trg A siap dulu sementara Trg B masih ada dalam 2/3 frame nak habis.Setelah Nik M dan Zairi ke tempat Trg B yang masih berentap dengan HQ A untuk tempat pertana dan kedua.Masa tu Nik M dah mula mata kemerahan sebab dia dah bilang yang Trg B tidak sempat potong Trg A.Sebaik sahaja Trg B Tamat dengan Jatuhan pin sebanyak 1490 Nik M dan Zairi sudah Merayakan Kesyukuran Mereka kerana dapat mempertahankan Emas yang di menangi 2 tahun yang lalu.Dan Sejarah Tercipta juga Tahun ni di mana Emas dan Perak Kami sapu.

Tahniah Buat Nik M dan Zairi kerana Emas untuk Bomba Negeri Terengganu.Tahniah juga buat Mbi dan Bakri kerana Perak untuk Bomba Negeri Terengganu.Terima kasih atas Usaha dan kecemerlangan acara Doubles ini.









Alhamdulilah kita cipta sejarah Team Bowling Terengganu 2018.Ini adalah Rekod terbaik dalam sejarah Team Bowling Bomba Negeri Terengganu.Sekalung Tahniah buat Mereka.ohh Terengganu....kita bersaudara..oh Terengganu satukan jiwaku...Selamanya sang penyu ku Nelang hoiii...selagi kita bernyawa ohh terengganu ..Kau kebanggaanku.




GO TURTLES BOWLS GO !!!!

No comments:

Post a Comment