Saturday, 22 September 2018

THE 13th WORLD FIREFIGHTING GAMES CHUNGJU 2018

 



   Pada 1 September 2018,MBI telah terpilih untuk mewakili JBPM Malaysia ke sukan World Firefighter games 2018 di Cungju Korea,Tahniah dan selamat berjuang buat MBI.Desas-Desus telah kedengaran sebelum SUKBOM 2018 lagi.Namun Senarai nama telah keluar selepas SUKBOM 2018.paling menarik tahun ini ada dua lagi atlet JBPM negeri Terengganu turut sama terpilih bersama MBI iaitu Ezam Ezry (acara angkat berat dan juga PBKII Mustafa (Badminton).Mereka mula lapor diri di Putrajaya pada 1 September 2018.Mereka akan berangkat ke Korea pada 8 september 2018 dan di jangka pulang pada 16 september 2018.

MBI ,Ezam dan En.Mustafa

Pemain-pemain Bowling yang mewakili JBPM Malaysia

Satu perkara yang mengembirakan kita bila atlet dari Terengganu iaitu En Ezam di pilih membawa bendera JBPM Malaysia di sana.Kalau Tengok badan memang patut pun abang sado katakan.Itu satu penghormatan terbesar dalam Kariernya.Acara Perasmian Berlansung pada 9 september 2018.





Pengkhabaran hari pertama kejohanan di mana En.Mustafa telah berjaya meraih pingat Emas dalam acara perseorangan Badminton.Tahniah En.Mustafa kerana Berjaya meraih pingat Emas untuk Malaysia.Lagu Negaraku Berkumandang di Korea.Bangga kita wakil  dari Terengganu bagi Pingat Emas tuu.Cayalahh...3 Emas dan 1 Perak dari Sukan Badminton.Tahniah untuk Badminton Malaysia !!!





Pada Hari Ketiga Kejohanan kami mendapat berita gembira dari Abang-abang Sado JBPM Malaysia katanya telah berjaya menyumbang 3 Emas dan 1 Perak untuk Malaysia.Wahhh Bangga sungguh dengan geng-geng Abang Sado niii.Ezam juga memenangi pingat Emas.



Dari Bina badan kita terus ke acara Bowling.2 Emas,1 Perak dan 3 Gangsa dari Sukan bowling.Tahniah semua.Acara single lelaki nampaknya tuan rumah dan singapore cukup kuat,Namun acara Doubles Lelaki kita juga kuat.Single Wanita kita memang kuat.Tahniah sekali lagi buat Team Bowling.

Apa lah jadual dalam bahasa korea.
MBI memenangi pingat Gangsa Single Lelaki

Doubles lelaki Mbi bersama PKPgB Tarmizi meraih Emas






Dari keseluruhannaya Bomba Malaysia meraih tempat ke-3 keseluruhannya.Satu pencapaian yang menakjubkan bagi Bomba malaysia.Tahniah buat semua yang terlibat.Cayalah !!!!!


Berikut adalah beberapa gambar-gambar menarik sepanjang kejohanan berlansung.Semoga acara world firefighters akan datang Malaysia akan mendapat johan keseluruhan pula.Semoga Atlet-atlet terpilih nanti yang akan berlansung di Denmark dapat memberikan sepenuh hati berjuang Demi Bomba dan Seterusnya untuk Negara Malaysia tercinta.








Semasa Kepulangan mereka di sambut oleh Kementerian KPKT dan Ketua Pengarah dia atas kejayaan mereka mengharumkan nama Bomba Malaysia dan Negara Malaysia.Terima Kasih dan Tahniah kerana Kejayaan mereka Semua.







Tuan Rumah untuk The 14th World Firefighters Games 2020 adalah Negara Denmark.Jadi siapa sahaja berhajat untuk mewakili Bomba Malaysia berlatihlah dari sekarng dan tunjukkan kreaditbiliti bila Sukbom 2020 di penang berlansung dan Semoga Yang terpilih nanti boleh memastikan Malaysia Menjuarainya.Insyaallah "Alah bisa tegang Biasa"."Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan".Ibaratnya kan.Sebelum menutup tirai acara World ini saya selaku admin memohon kemaafan sekiranya apa yang saya tulis mengenai Acara wold ini ada tersalah dan silap saya memohon kemaafan kerana Admin tidak pergi ke sana cuma update dari Malaysia sahaja.Jika ada yang sudi betulkan nanti Admin update Balik.

Saturday, 8 September 2018

LAST DAY SUKBOM 2018

OK lah disini sebagai coach ada beberapa perkara yang sedikit menggangu pemain pada SUKBOM 2018.Yang jelas adalah pada hari ketiga di mana selepas bermain dan mendapatkan Emas jelas semua pemain memang sudah kepenatan.Bukan kita tidak mahu pergi memberi sokongan kepada team lain sebab esok kita masih ada perlawanan jadi lain kali saya mintak pengurus pasukan memastikan perkara ini tidak berulang lagi.Saya mohon maaf kalau ulasan saya ini menyakiti sesiapa saya cuma nyatakan yang betul dari apa yang saya pelajari semasa coaching bowling level 1 dan Sains sukan level 1.Sepatunya kita habiskan dulu semua event kita lepas tu baru kita pergi ke event orang lain.Kalau yang Team wanita pun sama juga bagi sokongan sebagai mana Team lelaki selalu ada di belakang ketika kamu semua bermain.Sama-sama memberi sokongan anatra satu sama lain. Yang kedua adalah sikap ada anatara Team wanita ni macam tidak ngam.mungkin kalau ada yang suka memberi maslah bagi saya baik kita bincang balik perkara dengan pengurus.Sebab perkara ini pun boleh merendakan moral pemain dan sebolehnya pengurus kena sentiasa berada di bowling Alley setiap kali ada game tidak kira Lelaki atau perempuan.Sebab ada yang sakit masa game tu pun anatra kita sahaja yang berkejaran cari ubat-ubatan.Kita kena bagitau perkara yang perlu semasa games.masa latihan tak pa lah sebab coach ada ...kalau hari game ni memang penting lah pengurus perlu ada kan.Saya mohon maaf sekali lagi jika ada yang terasa.Saya hanya menjalankan tugas saya sahaja.Tahniah Buat Team lelaki dan Team wanita pengalaman tahun ini kena bawa ke hadapan untuk lebih maju laju lagi.kadang-2 kita berubah demi kejayaan lagi besar nikmatnya kerana di situ kita baru rasa usaha kita.
Tepat jam 8 pagi kami bertolak ke bandar Melaka untuk bersiar-siar sebelum pulang ke Terengganu.


sebelum pualang kami singgah di rumah terbalik rm15 satu kepala tu untuk masuk ke sini.Lepas tu kami pergi ke Dataran pahlawan membeli barang-barang untuk di bawa pulang.Ada yang beli kerepek, baju anak,key chain dan macam-macam lagi lah.


 Sampai di kuantan kami sempat menziarah Tuan Kamaru Fiza bekas ketua Balai Kuala Terengganu dulu.Sakit tapi tak dapat detect apa penyakit dia yang sebenarnya.Apa pun semoga Allah memberikan kesembuhan buat Tuan dan dapat kembali bertugas seperti biasa.Amin.





 Sebelum keluar dari pahang singgah dulu di Tanjung Lumpur untuk kena makanan lauk.ohh kalau bab makan ni laju sungguh dia orang ni kan.Terima kasih kepada Sponsership kita.Siapa tu tak boleh bagitau nanti ramai pula yang berminat.kita orang sampai di Balai Kuala Terengganu Lebih kurang pukul 2 pagi.Maka perjalanan kami berakhir di sini semoga berjumpa lagi di SUKBOM 2020 di Negeri Pulau Pinang.Tahniah kepada semua pasukan.Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!

DAY 3 SUKBOM 2018 (MAJLIS PENUTUP)

Malam ini berkhir lah SUKBOM 2018 dan akan di serahkan kepada Negeri Pulau Pinang pula untuk SUKBOM 2020.Negeri Terengganu berjaya menaikki podium sebanyak dua kali bagi acara keseluruhan iaitu Mr Wonderful berkongsi dengan Sabah.Ping-pong kita juga juara keseluruhan.Tahniah kontinjen Negeri Terengganu 2018

Bukan senang nak dapatkan juara keseluruhan setiap acara.dapat dua pun dah di kira sebagai sejarah.Tahniah Negeri Terengganu memang Terbaik.



Selepas makan-makan kita bergambar kenang-kenangan bersama.Esok dah nak balik Terengganu so happy-happy lah malam ni kan.

GO TURTLE BOWLS GO !!!!!

DAY 3 SUKBOM 2018 (ALL EVENT)


Hari ini 6 ogos 2018,Terasa sedikit kepenatan sebab malam tadi tidur lewat kerana sokong Team badminton.Hari yang Terakhir adakah sejarah bakal tercipta sekali lagi hari ini.Kita nantikan.
Hanya 3 wakil dari Bomba Terengganu kali ini kerana Zairi berada di tangga ke 13 belakang Wan mustapa dari Pahang.Tak apalah Zairi baru tahun ni kan kembali kerana dua tahuan lepas dia sakit.MBI,Nik M dan Bakri akan bermain 4 game yang terakhir bagi menentukan keduduakan ranking Bomba Malaysia.Bagi acara Terbuka lelaki.


Setelah tamat permainan di lane 1 & 2 di mana Nik M(670)  berentap dengan Hirwan (786) sedangkan semasa ini Bakri masih berada di fram yang ke lima.Sebab Hirwan main laju dan Nik M main tidak menjadi hari ini.Peluang untuk mendapatkan pingat masih ada jika Bakri mampu menjaga spare dan mendapat Home di Frame ke 10.Pada balingan Frame ke 10 dia berjaya mendapatkan strike ,ketika ini kami semua berharap agar dia dapat strike kedua dan dia dan menang dengan Hirwan dalam beberapa pin.Namun bukan rezeki Bakri hari ini dia hanya mendapatkan spare sahaja.Memang frust Bakri.Sabarlah Bakri dua tahun lagi kita rampas pula.

Sabar lah Bakri ..Gangsa dah dapat pun..sabar-2
Inilah dia result untuk acara All event.memang liat sungguh nak makan Hirwan ni.Nanti lah bila balik nanti kita akan cari formula untuk kalahkan Hirwan ni.


Tahniah Bakri dapat Gangsa



Tahniah Team Lelaki Open Bomba Terengganu Tahun ini Mendapat 2 Emas ,1 perak dan 2 Gangsa ada peningkatan walaupun kita tidak berjaya membawa pulang 2 lagi Emas tetapi semua Event kita mempunyai pingat.Tahniah Semua.

GO TURTLE BOWLS GO !!!!