Thursday, 18 August 2016

Latihan di Dreambowl Nilai 3 days

Latihan pertama di Dreambowl bermula pada sebelah petang jam 6 petang kerana lane di sini full book.jadi setelah Nik M memeriksa duit dari sponser telah masuk jadi kami mengambil peluang untuk pergi shopping lah.Destinasinya adalah SOGO.

 Pada mulanya adalah untuk mencari baju dan oleh kerana design dan saiz sukar untuk mencari yang sama kami telah berbincang untuk membeli kasut untuk majlis perasmian dan majlis makan malam.setelah lama kami mencari.

Akhirnya kami ketemui yang sesuai dan harga berpatutan.selepas itu kami pergi ke Dreambowl untuk memulakan sesi latihan.Latihan hari ini adalah untuk mencuba lane di sini.setelah selesai kami pulang ke rumah pengarah untuk berehat dan tidur.

LATIHAN HARI KEDUA
Latihan hari ini adalha untuk mencari high game yang boleh.terutama pada team open kerana terget 4 emas.Jadi latihan hari pun bermula pada sebelah petang.jumlah game latihan adalah 4 game tapi kami bermain 6 game kerana ada beberapa perkara yng masih belum di temui jadi inilah hasil latihan kami pada hari kedua.




Berakhirlah latihan hari ke tiga dan esok adalah latihan terakhir kami .badan pun dah penat jadi kami pulang ke rumah pengarah untuk berehat dan tidur sebelum itu makan dulu baru balik.

LATIHAN HARI KE-3
Latihan hari terakhir kami ringankan sedikit,walau pada asalnya pengurus ingin lihat kesungguhan dalam latihan tapi hari ini kami dah datang rasa penat dan lemau.macam ada perkara yang tersangkut.kena pula main 2 lane sahaja.Biasanya 4 lane jadi oleh kerana dapat lane main jer lah.







Kekurangan air dalam badan dan rehat tak mengcukupi adalah faktor utama menjadi lemau dan kurang bertenaga dan jadi malam ni minum air masak banyak-2 dan rehat kena cukup.ok selesai latihan sukbom 2016 dan kami hanya akan bermula pada lusa.Insyaallah semoga kejayaan milik kita tahun ini.Keputusan mesti lebih dari 2014 kalau tidak kita orang senua kena jawablah.Apa pun buat yang terbaik itu janji kami.Bukan confident tapi kena buat.

KE ARAH SUKAN BERPRESTASI TINGGI

No comments:

Post a Comment