Hari ini 26 July 2016 kita dapat saksikan hari tereakhir perjuangan.Acara All Event open lelaki,di mana keempat-empat bowlers kita berjaya memasukki event ini .Tak rugi pun bayar yuran untuk event ini.15 bowlers terbaik bomba Malaysia bakal berentap.Pengarah dah jumpa kita semua semalam dan dia pun dah tidak mintak lebih dari team kita.Tapi kita masih ada satu lagi acara dan sebolehnya kita mahu juga kejayaan di hari terakhir ini.Good Luck and High Score semuanya !!!
Bila tengok result All Event ini nampaknya hanya Mustaffa Seorang sahaja yang nampak memberikan saingan kerana 3 lagi bowlers kita menghadapi kesukaran apabila bermain di lane sebelah kanan.biasanya setiap bowling Alley mesti setting low,medium dan high lane.kecuali di lane negeri Terengganu.memang berbeza.Di Terengganu kita bermain berpeluh baju kalau bermain siang hari .Teteapi di sini memang kena pakai Sweater kerana xtahan sejuk.Nasib baik datang awal kalau tidak huru-hara semuanya .
Tahniah Mustaffa kerana berjaya pertahankan perak untuk Terengganu dan mengulanginya pada Sukbom tahun ini.Dan kepada bowlers yang lain Tahniah sememangnya kalian adalah anatara yang terbaik,Insyaallah kita akan bangkit untuk Sukbom 2018 di negeri Melaka dan dah tentunya MTBC adalah tempat untuk acara Bowling nanti.
Berakhirlah Acara bowling.Tapi sayang jugakkan Najwa sudah berada dalam senarai untuk All Event cuma game dia tidak cukup untuk melayakkan diri ke All Event Wanita.Kesimpulannya Kategori Open Menang Pingat dalam setiap acara yang mereka sertai.2 Emas dan 3 perak satu percapaian yang boleh dianggap terbaik Bomba Terengganu.Tetapi Masih ada sedikit kelemahan yang perlu kita baiki nanti.Take note Coach.Dalam acara master kita perlukan 2 lagi pemain yang berada di level lain dan mungkin kita kena perkemaskan mereka secepat munkin bagi latihan dan pendedahan.Tuan Fahrul dan En fauzi pun memang biasa bermain event tempatan tapi mungkin kat sini mereka tidak menjadi.Bagi Event Wanita rasanya najwa dan tunjukkan peningkatan dan Zety ada sedikit ejustment perlu di lakukan bagi membaiki cara balingannya.Admin dah dengar desas-desus yang dia bakal berubah untuk bermian hook.(jangan marah ye zety).Tapi kita masih kekurangan pingat untuk memnangi event bowling ni.di mana Selangor masih mendominasi acara bowling.Terima Kasih semua atas komitment semasa latihan dan perlawanan.Kita akan terget untuk menang acara keseluruhan bowling di Melaka nanti pada tahun 2018.
Go Turtlebowls GO !!!!!
Ke Arah Sukan Berprestasi Tinggi
No comments:
Post a Comment