Friday, 5 August 2016

BOMBA ANJUR BOWLING 10 PIN TERTUTUP TERENGGANU.

Zamly,Nik Rizal dan Nik M
Buat julung kalinya dalam sejarah semasa akhir sesi latihan kami membuat event bagi mencari dana untuk di bawa ke Negeri Sembilan.Walaupun ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya namun ramai yang yang akhirnya faham.walaupun mendapat penyertaan dalam linkungan 75 orang yang mana target asal adalah 80 penyertaan.Tapi intergriti dan semangat pasukan masih tebal walaupun semua bowlers kita sudah faham dan tahu untuk mngira dan mentafsir untung dan rugi.memang kalau buat event ni penat sikit namun kalau semua bergabung tenaga Insyaallah semuanya nampak mudah.
  Sepajang blok pertama dan kedua berlansung.kesemua bowlers bermain dengan baik dan nampaknya Bakri,Rosmadi Ayu,4G,Tuan Fahrulrazi dan Mbi nampaknya rancak untuk mengejar A7 yang menduduki Ranking Teratas dengan 820 jatuhan pin.sampai ke petang masih belum ada yang mampu memotong.Rosmadi Ayu (790 jatuhan Pin ) yang paling hampir.namun saingan nampaknya akan mula pada blok malam di mana otai-otai bowling Terengganu akan turun.
 Blok ke 3 bermula jam 8.30 malam di mana malam ini boleh di katakan full house 32 bowlers terbaik Terengganu turun.Telah di sangka Zamly memotong A7 dengan hanya 1 pin (821) selepas itu Nik M dari Team Bomba pula Memotong Zamly dengan (836 Jatuhan Pin) namun datang pula Nik Rizal memotong di selekoh akhir dengan (854 ) jatuhan pin dan melengkapkan Juara pada Malam ini.





Memang hebat tentangan untuk mencapai sang Juara.Inilah bowling oleh kerana 3 blok yang ada di awal blok walau tinggi mana pun belum tentu lagi boleh Gapai No 1.Tahniah Nik Rizal,Nik M dan Zamly menunjukkan mutu permainan yang boleh mnggerunkan lawan.Insyallah lain masa kita jumpa lagi di pertandingan lain.



Tahniah Nik M dari Team Sukbom Terengganu..Coach jugak Baham hadiah.Insyaallah ada sinar harapan untuk Sukbom 2016.Latihan dan persiapan telah kita buat dan masih dalam fasa akhir.Insyaallah semoga Kejayaan Milik Kita.

KE ARAH SUKAN BERPRESTASI TINGGI

No comments:

Post a Comment