Hari Ini 24 July 2016.Acara Doubles di mulakan dengan Wanita akan bermula dulu Ladies firstlah.manakala kategori open akn di buat 2 blok kerana jumlah penyertaan yang ramai dan last lane akan di oily untuk event master.
WANITA
Kategori ini di wakili oleh Najwa dan Zayati.Namun tiada sebarang target di letakkan buat mereka berdua namun mereka perlu bermain 150 jatuhan pin ke atas sahaja.Thats means spare kena jaga dan jangan missed dan open frame.kalau perkara ini mereka boleh jaga tidak mustahil 180 jatuhan pin senang-senang mereka boleh dapat.Namun bukan rezeki wanita lagi hari ini dan hari ini adalah last event mereka.Namun Najwa menunjukkan tahap yang sudah berbeza dari sebelum ini.nama dia dah naik untuk ALL Event namun apakan daya hari ni dah last event mereka.Sabarlah nanti balik kita fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah mereka ini.Good job girls !!!! Tahniah mereka sudah tunjukkan sedikit peningkatan dan telah berikan apa yang mereka ada.
OPEN
Untuk Kategori open mustaffa dan Bakri akan bergandingan dan Rosmadi Ayu akan berganding dengan Nik M.Tetapi Rosmadi Ayu dan Nik M akan bermain untuk blok yang pertama dan Mustaffa dan Bakri akan bermain untuk blok yang kedua.Atas kertas sudah nampak Emas boleh kita capai dan Mbi dan Bakri bowlers harapan pengarah,
 |
Penyokong dari belakang semasa Rosmadi Ayu dan Nik M bermain |
Sekejap sahaja lagi blok pertama akan bermula di mana Rosmadi Ayu dan Nik M akan memulakan permaianan.Pengurus Pasukan,Mbi,Najwa,Zayati,bakri dan Tuan Fakrul ada bersama untuk memberikan sokongan.Nik M nampak very low profile kali ini.Apasal yer? Ke ada simpan apa-apa ni.
 |
Nik M sedang Buat Persiapan. |
 |
Dan lagi kau orang posing yerr. |
|
Dalam Event ini Rosmadi Ayu bertindak sebagai ketua kerana Nik M memberikan tugas tu kepada Rosmadi Ayu sebab dia tidak mahu bebanan.Tapi ok jugak Ayu ni.teteapi apa yang Nik M fikirkan ada sedikit kesusahan untuk bermain bersama Ayu kerana sama-sama bermain hook dan bimbang Ayu akan ganggu laluan arrownya.Tapi bila dah di letakkan kami on jer.
Segalanya sudah bermula,entah dari mana datangnya angin hantu Nik M ni dengan semangat dan kesunguhan mereka berdua game pertama Rosmadi Ayu 161 jatuhan pin dan Nik M dah mula All out 224 jatuhan pin.Gila arhh...dan tentu duduk di rank1 semasa game pertama.Namun pada game kedua Ayu membaiki permainan dan dia membuat 184 jatuhan pin dan Nik M 186.Namun mereka kata nak buat 400 jatuhan pin pada game ketiga.Ayuh kita tengok mereka dapat ke tidak.Tiada apa yang menjadi halangan buat mereka berdua dan telah berjaya buat 431 jatuhan memang telah lepas dari apa yang mereka target dan result game ketiga mereka adalah seperti di bawah:

Dan nampak dengan jelas Terengganu mengdahului dalam acara double ini.Namun pada game yang terakhir apabila minyak mula kering dan Nik M nampak menghadapi kesukaran untuk mnghabiskan last game ini.Sementara Rosmadi Ayu bermain macam Biasa.Ayu membuat 191 jatuhan pin dan Nik M hanya 147 jatuhan Pin.Total score mereka berdua adalah 1524 jatuhan pin.Tahniah buat mereka berdua kalau lagu Saleem tak ku sangka tak ku duga tiba -2 mereka berdua ni meletup main macam naik hantu.heheheheh
Tangga pertama selepas habis blok yang pertama .Jika ada rezeki Insya Allah Emas bakal milik Terenggau.Tetapi kita tengok blok kedua dulu mana tahu Terengganu potong Terengganu.Namun penantian satu penyeksaan nak makan tak lalu nak minum tak haus.sementara perasaan dan bercampur bau.Nik M sudah ke surau.Bakri Mbi menghadapi masalah bila bermain dengan kondisi lane yang dah kering begotu juga dengan pasukan lain dan Akhirnya
Rosmadi Ayu melangkah gagah menuju ke podium untuk di kalungkan Emas buat Terengganu dan diikuti Nik M .
Bendera Terengganu berkibar di Arena Bowling Hari ini kerana semalam lupa bawak.Tahniah Rosmadi Ayu dan Nik M.Memang ramai yang tidak menduga yang pasangan ini mampu menaiki podium tapi itulah bowling kan.seperti mana yang telah saya bagitau juara hari ini tidak semestinya juara untuk esok hari.
Bukan senang untuk memiliki sebutir pingat yang bernama emas ini.Namun Inilah yang di buktikan oleh Rosmadi Ayu dan Nik M.Bila tiba masa kita insya Allah kita akan mendapatkannya.Alhamdulilah bersyukur sangat kepada Allah atas rezeki yang di berikan dan janganlah Engkau memutuskan rezeki kami dan membiarkan kami dalam kefakiran.Amin.
MASTER
Acara penutup bagi hari ini adalah doubles kategori master (Vateren) namun apa yang di tunjukkan oleh Tuan Fakrulrazi dan En.fauzi mereka bermain baik sampai penyokong sendiri pun mereka tidak mahu bukan apa mereka nk tumpuan yang lebih.Tapi tak apalah itu yang mereka mahukan kita terima.Kadang-2 ada sokongan dari belakang boleh berikan kita semangat di kala kita down.tapi tak apa lah mereka dah tunjukkan mereka dah bagi apa yang terdaya walaupun belum cukup namun mereka kena banyakkan lagi latihan untuk sukbom 2018.
Go Turtle Bowls GO !!!!!!!!!
Ke Arah Sukan Berprestasi Tinggi