Pada 24 Mei 2014 kami selamat sampai di Premium lane kuantan.Besar jugak bowling centre ni.Kalau tidak silap 26 lane yang ada.Lane kat sini lebih kurang sama dengan tempat latihan kami di Kt Bowl.So rasanya tidak adalah sangat masalah untuk bermain di sini.
Seperti mana yang di berikan taklimat oleh Coach tentang penempatan lane pemain.Kami semua bergerak ke lane masing-masing tepat jam 4petang.Setelah semua siap kami memulakan perlawanan persahabatan ini dengan baik.kami akan bermain sebanyak 4 games.
Sementara menunggu keputusan rasmi di buat kami semua beridah sekejap di sekitar kawasan bowling dengan bermain games dan minum-minum dulu dan ada juga berposing.
Setelah penguguman di buat kami semua berkumpul untuk menantikan keputusan rasmi.Memang sudah kami tahu sedikit-sedikit tentang keputusan ini kerana semasa bermain tadi kami sudah pun membuat penilaian sendiri dan cuma perlu menunggu keputusan untuk mengesahkannya sahaja.
Keputusan perseorangan Lelaki,seperti mana pada keputusan rasminya.Cuma keputusan ini bercampur dengan wanita.4 Bowlers utama menduduki 4 tanggan teratas.Manakala kategori wanita pula juga di unnguli 2 tangga teratas.
Johan perseorangan lelaki adalah E.Mustapha Bin Ismail.dengan jatuhan pin sebnyak 961 jatuhan pin.
Naib Johan,En Nik Mohd Norsyahrul Nizam dengan jatuhan pin sebanyak 928.
Tempat ketiga adalah En.Rosmadi Ayu Bin Wahab dengan jatuhan 927 dan hanya beza 1 jatuhan pin shaja dengan Nik.
Tempat ke-4 adalah En Zairi Bin Abdul Razak dengan jatuhan pin sebanyak 865.Manakala berikut adalah foto dari tema master yang meduduki tempat ke 9 dan 13.
Manakala bagi kategori wanita pula Memang JBPM Terengganu juga mendahulu 2 tangga teratas yang di Ketuai oleh Johannya Azliza dengan jatuhan 820 pin.
Manakala Naib Johan di menangi oleh Nur Ashikin dengan 749 jatuhan pin.
Manakala Zety dan Najwa menerima hadiah saguhati dari pihak penganjur,Beberapa lagi hadiah seperti Team adalah bercampur dan hanya mengikut lane dan bukannya dari Team Negeri Masing-masing.
Majlis penyampaian hadiah juga di sampaikan oleh Tuan Mohd Amin dan Hadiah utama di sampaikan oleh Tuan Khairulhasni Bin Mokhtar.
Tahniah buat semua Bowlers JBPM Terengganu di atas Kejayaan Meraih Tempat utama dalam pertandingan ini,Walaupun ia di jalankan secara persahabatan dan Muhibah namun kesungguhan dan Keazaman kita untuk meraih Pingat Di SUKBOM 2014 di Johor nanti sudah menampakkan bunga-bunga.
Terima kasih Kepada Penganjur iaitu JBPM Pahang kerana sudi mengadakan Perlawanan Pershabatana ini.Sekalung Tahniah di atas penyediaan Veneu perlawanan dan sambutan.Jika ada Sumur di ladang boleh kita menumpang mandi dan jika ada umur yang panjang Insyaallah kita akan berjumpa lagi.
GO TURLE BOWL ....GO !!!!!!!!!!!!!!!!