Pada 16 Disember 2017,Kejohanan Trio dan Vip Datuk Bandar Kuala Terengganu kembali lagi pada tahun 2018.Edisi pertama pada tahun 2014.Coral Cown Bowling Centre tempat baru di Terengganu namun rata-rata bowlers masih mencari-cari kaedah permainan di CCB ni.Yang Pertamanya Minyak sebelah pagi masih fresh dan macam mana nak bermain di sini kena cari dululah.Team Bomba di wakili Oleh Rosmadi Ayu,Nik M dan MBI.kami akan cuba buat yang terbaik.dan keputusannya kita tengok prestasi semasa.kerana dalam perlawanan trio ni kena saling bantu membantu.Lagipun 5 game kita akan bermain.Sementara Pengarah Bomba Negeri Terengganu akan bermain bagi kategori VIP ( 3 games).
 |
Tuan Azlimin bersama Datuk Bandar |
 |
Aksi Pengarah Bomba Negeri Terengganu |
 |
Mereka Berdua saling berlawan satu sama lain. |
Nampaknya kategori vip rancak berjalan mereka saling berlawan antara satu sama lain.Apa yang Datuk Bandar inginkan adalah semua jabatan yang bertanding menghantar pengarah masing-masing bagi kategori vip.Namun ada juga beberapa jabatan lain yang tidak dapat berbuat demikian kerana ada urusan rasmi jabatan dan ada juga yang bercuti.
 |
Penyokong yang berdiri di belakang Pengarah. |
Team Bomba Terengganu akan bermain di blok yang kedua di sebelah petang pada jam 2 petang.Keputusan bagi kategori vip memihak kepada wakil bagi pengarah.Yang pastinya Pengarah Bomba Kalah dengan Datuk bandar.Tak apa Tuan nanti kita repeat balik.
 |
Team Turtle Bowls .Dari Kanan Rosmadi Ayu,Nik M dan MBI |
 |
Result yang kami dapat hari ini. |
Kami memohon kemaafan kerana gagal menempatkan diri dalam 5 pasukan terbaik,Kami berada di tempat ke-6.Insyaallah kami akan memperbaiki segala kelemahan dan akan bangkit kembali di kejohanan-kejohanan yang akan datang.Pretasi turun dan naik itu adalah perkara biasa dalam sukan cuma bagaimana kita mahu bangkit dan mencapai kejayaan.
 |
Team Result |
 |
Individu Result |
Oleh kerana kategori vip pengarah Bomba ingin menebus kembali kekalahan beliu kepada Datuk bandar dan perlawanan persahabatan akan di buat dalam masa terdekat.4 Jabatan yang terlibat iaitu Bomba ,Polis,MBKT dan JPJ.Bersamalah kita tunggu dan lihat adakah Tuan Azlimin boleh mengalahkan Datuk Bandar.
GO TURTLE BOWL'S GO
No comments:
Post a Comment