Wednesday, 3 January 2018

FRIENDLY 4 PENJURU 2017



Pada 30 Disember 2017,Team Bowling Bomba mengadakan perlawanan pershabatan 4 penjuru di mana POLIS ,JPJ dan MBKT turut serta .Ini adalah kesinambungan dari Piala DAtuk Bandar dan Pengarah semua Jabatan ini akan bermain untuk ketegori Double vip.Bomba Terengganu menganjurkan Perlawanan pada kali ini.Di mana Hadiah,Lane dan makan adalah di tanggung oleh Jabatan Bomba Negeri Terengganu.
    kita pergi pada persiapan dulu,sehari sebelum perlawanan,Hadiah telah sampai pada petang khamis dan pada petang jumaat beberapa orang ajk telah sampai untuk membungkus hadiah.kerjasama dari mereka patut di hargai kerana meluangkan masa dan tenaga untuk mempersiapkan hadiah untuk perlawanan persahabatan ini.

En.Saupi dan Nik M mula bekerja di bantu kak long anak En Saupi

Puan Zety dan Puan Ida bertungkus lumus

banyak juga barang kena bungkus ni.
Contoh barang yang telah siap oleh MBI
Serius Nik M dan MBI tuuu
melepaskan penat lelah selepas selesai urusan hadiah
Antara Vip-2 yang terlibat Polis,Jpj,Bomba dan MBKT
Result VIP..Pengarah Bomba puah hati dah Rasanya tu

Juara Doubles VIP
Naib Johan  vip

Tempat Ke-3 Vip

Tanda kenang-kenangan kepada Datuk Bandar Hj Zulkifli atas persaraannya

Keputusan Acara Trio Lelaki pula memang sudah di jangka pada awal gandingan mantap dari MBKT mendominasi acara ini dengan mengambil johan dan ketiga.sementara Bomba Trg sebagai naib Johan.Macam mana pun kita akan cuba untuk memotong MBKT di Perlawanan Persahabtan seterusnya nanti.

Result TRIO Lelaki

Juara Trio lelaki MBKT
Naib Juara Bomba Trg A
Ke - 3 MBKT B
overal men standing result
Ramai yang menjangkakan dalam kategori Wanita akan di juarai oleh MBKT .Maka Benarlah ramalan itu apabila MBKT juara doubles wanita dan Polis di tempat ke-2 .Wanita Bomba Terengganu no-3





Juara Doubles Wanita

 Naib Juara doubles Wanita Polis
Ke-3 Doubles Wanita
Last Sekali adalah keputusan keseluruhan.di mana total jatuhan pin di ambil oleh semua acara dan di campurkan dan keluarlah resultnya.Juara Keseluruhan adalah MBKT  naib johan adalah Bomba Trg ke-3 adalah Polis dan Ke-4 Adalah JPJ

Juara Keseluruhan MBKT
Naib Juara Keluruhan Bomba Terengganu
Ke-3 Keseluruhan Polis
Tempat ke-4 keseluruhan JPJ
Selepas ini JPJ pula akan menjadi penganjur setelah di umukan selepas tamat persahabatan ini.Terima kasih JPJ,POLIS dan MBKT kerana sudi menjayakan perlawanan pershabatan ini.Insya Allah kita kan jumpa lagi nanti

GO TURTLE BOWL's GO

SUKBOM TRAINNING (TEAM WANITA) 2017) PART 1

Sesi latihan pertama Nik M bersama Team wanita

    Pada 22 Disember 2017,Latihan Fasa pertama untuk Team wanita di mulakan terlebih dahulu.Yang pertamanya Team wanita ni jarang-jarang turun bermain dan satu lagi kosisten semasa bermain masih lagi jauh.Sekurang-kurangnya dalam masa 3 bulan akan datang mereka mampu untuk bermain dalam everage 180 ke- atas.Janji kena selalu turunlah.Nik M pernah berkhursus Coaching Bowling Level 1 pada tahun 2014.Tapi lesen coaching perlu di ambil semula kerana ketika hadir khursus ini salah satu syarat adalah mesti telah berkhursus Sains Sukan level-1.Oleh kerana tidak pernah pergi khursus tu jadi peperiksaan lesen di gagalkan sebab syarat tidak lepas.
   Apa Yang saya mahukan dari team wanita? bolehkah mereka performance pada sukbom 2018?mampukah mereka? Apa Target untuk mereka?Everage 180 ke atas bagi wanita? Soalan demi soalan yang bermain di waktu ini?sebab dar prestasi semasa sewaktu perlawanan persahabatan tiga penjuru baru-2 ini.Tuan Suriati,Cik Anis,Nurul Najwa,Nasuha dan Suria.mereka Boleh lakukan ,bagi tidak menggangu Latihan mereka kali ini,Apa yang Nik M harapkan tiada campur tangan dari mana-2 ahli kelab atau coach luar semasa sesi Latihan ini bermula sampai tamatnya SUKBOM 2018.Cara mengajar dengan kaedah apa yang saya pelajari dan cara paling simple.DI Tegaskan sekali lagi tiada campur tangan pihak lain selain Nik M dan Cikgu Liza.Biar mereka bekerja dulu.Dalam masa 3 bulan.Mereka aakan ada sesuatu yang akan lahir bermula dari Gangsa.

Geng Veteren pun ada hari ini.

 Pada sesi pertama ini.Nik M memeberikan beberapa teknik latihan dari asas:-
1) Target and standing porsition
     Personel Number adalah fizikal standing untuk bowlers stand dengan bilangan board dari dadaran board yang di tetapkan.personel Number ini perlu diingati sepanjang mereka bergelar bowlers.
2) Knee Down Drill
    Teknik ini adalah untuk merasai keadaan semasa release bola.
3) Balance line drill
    Teknik merasai keadaan musle semasa swing  dan release.
4) 1 step drill
    Teknik ini adalah untuk merasai keadaan semasa swing,release dan balance.
5) 5 step approach
    menggunakan 5 langkah sebelum release bola dengan badan yang stabil.

Data dari game yang terbaru

 Dari segi data game yang kita dapat ini sudah menunjukkan apa yang perlu di buat dan dari pengamatan Nik M faktor utama adalah semasa membaling bola tangan mereka tidak stabil dan jika di ajar spare system pun result akan lebih kurang sahaja.Sebab semasa realease ball sangat penting untuk di stabilkan dahulu.lepas ini,Insyallah...baru kita boleh move pada spare system.
  Hari pertama kita bgi teknik dahulu.pada sesi kedua nanti kita pergi lebih spesifik lagi.Harap mereka cepat untuk adopt segala apa yang di ajari dan Insya Allah kak Liza aka menyertai mereka nanti.Semoga Segala apa yang di pelajari mampu menaikkan prestasi mereka ke satu level yang lain.

GO TURTLE BOWLS GO

Tuesday, 2 January 2018

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING PIALA DATUK BANDAR 2017

Pada 16 Disember 2017,Kejohanan Trio dan Vip Datuk Bandar Kuala Terengganu kembali lagi pada tahun 2018.Edisi pertama pada tahun 2014.Coral Cown Bowling Centre tempat baru di Terengganu namun rata-rata bowlers masih mencari-cari kaedah permainan di CCB ni.Yang Pertamanya Minyak sebelah pagi masih fresh dan macam mana nak bermain di sini kena cari dululah.Team Bomba di wakili Oleh Rosmadi Ayu,Nik M dan MBI.kami akan cuba buat yang terbaik.dan keputusannya kita tengok prestasi semasa.kerana dalam perlawanan trio ni kena saling bantu membantu.Lagipun 5 game kita akan bermain.Sementara Pengarah Bomba Negeri Terengganu akan bermain bagi kategori VIP ( 3 games).

Tuan Azlimin bersama Datuk Bandar
Aksi Pengarah Bomba Negeri Terengganu
Mereka Berdua saling berlawan satu sama lain.
Nampaknya kategori vip rancak berjalan mereka saling berlawan antara satu sama lain.Apa yang Datuk Bandar inginkan adalah semua jabatan yang bertanding menghantar pengarah masing-masing bagi kategori vip.Namun ada juga beberapa jabatan lain yang tidak dapat berbuat demikian kerana ada urusan rasmi jabatan dan ada juga yang bercuti.

Penyokong yang berdiri di belakang Pengarah.

Team Bomba Terengganu akan bermain di blok yang kedua di sebelah petang pada jam 2 petang.Keputusan bagi kategori vip memihak kepada wakil bagi pengarah.Yang pastinya Pengarah Bomba Kalah dengan Datuk bandar.Tak apa Tuan nanti kita repeat balik.

Team Turtle Bowls .Dari Kanan Rosmadi Ayu,Nik M dan MBI
Result yang kami dapat hari ini.
Kami memohon kemaafan kerana gagal menempatkan diri dalam 5 pasukan terbaik,Kami berada di tempat ke-6.Insyaallah kami akan memperbaiki segala kelemahan dan akan bangkit kembali di kejohanan-kejohanan yang akan datang.Pretasi turun dan naik itu adalah perkara biasa dalam sukan cuma bagaimana kita mahu bangkit dan mencapai kejayaan.

Team Result
Individu Result
    Oleh kerana kategori vip pengarah Bomba ingin menebus kembali kekalahan beliu kepada Datuk bandar dan perlawanan persahabatan akan di buat dalam masa terdekat.4 Jabatan yang terlibat iaitu Bomba ,Polis,MBKT dan JPJ.Bersamalah kita tunggu dan lihat adakah Tuan Azlimin boleh mengalahkan Datuk Bandar.

GO TURTLE BOWL'S GO