Saturday, 15 December 2012

KEJOHANAN BOWLING ANGKATAN ANGKASA 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN


     Pada 30.11.2012 Mustapha,Zairi dan Nik telah meneruskan cabaran bagi menggalas tangungjawab BPKP Angkasa Terengganu selaku wakil Angkasa untuk ke peringkat Kebangsaan.Bertolak ke Shah Alam pada pagi jam 7.30 dan sampai di Shah Alam pada jam 7 malam.Sebenarnya jarak masa tidak lah sampai sebegini lama oleh kerana Kad Minyak Individu Nik tidak aktif dan terpaksa di aktifkan semula kerana belum mengaktifkannya selepas mendapat Kad minyak baru.Singgah di Balai Gebeng dan menunggu hampir 2 jam dan selepas itu ke Temerloh pula untuk mengisi minyak yang hanya ada 1 takat je lagi.Kami bernasib baik kerana sebaik sahaja sampai di Temerloh Kad Minyak Personel Nik telah di aktifkan semula oleh Petronas.Kami meneruskan perjalanan Ke Shah Alam dan menetap di Hotel Intekma Shah Alam.

 Sampai sahaja di Intekma kami terus check in dan bersiap unutk Majlis Makan malam yang diadakan di Swimming Pool.Ada kisah kelakar bila Mustapha yang membawa baju kemeja Bonia yang di iron rapi tersergam indah di dalam Van tidak di bawa naik ke Bilik Hotel kerana Zairi memberitahunya setakat makan malam hanya pakai T-Shirt sahaja.Selepas bersiap Zairi mengenakan baju kemeja dan di bantah oleh Mustapha kerna cadangan Zairi tadi hanya pakai T-Shirt dan dia sendiri pakai kemeja,oleh kerana itu Zairi terpaksa menukar baju T-shirt.Nik pula mengenakan baju Batik yang di perolehi semasa SUKBOM di Kuala Lumpur 2 tahun lepas dan masih belum berkesempatan memakainya.Jadi alang-alang bawak Nik memakainya.Sebaik sahaja sampai di Swimming Pool Hotel kami berjumpa pula dengan En Badri Bomba negeri Sembilan yang mewakili Angkasa Negeri Sembilan.Rupanya ada 2 negeri di Wakili Oleh Bomba.Satu percapaian yang menarik dari Bomba.Acara malam ini di mulakan dengan Bacaan Doa Makan dan kami makan Buffet dengan pelbagai juadah menarik.Mata pun naik berpina tengok makanan.Selepas makan acara pembahagian elaun dan T-Shirt di berikan oleh Angkas.kami mendapat RM 100 seorang dan sehelai T-Shirt setiap seorang.Nik mewakili Team Terengganu untuk mengambil barangan di stage.


Selepas itu kami mengambil gambar kenang-kenangan dan bersilih ganti dengan Bomba Negeri Sembilan.Kami tidak berkesempatan untuk berborak dengan negeri-negeri lain kerana selepas makan kebanyakkan mereka segera ke Bilik,mungkin perjalanan yang memenatkan mereka.


Inilah Trio Angkasa Terengganu dari Jabtan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.tak banyak gambar dapat di ambil kerana masing-masing kepenatan dan mahukan rehat.dan nak tengok bola Suzuki AFF.Sampai sahaja di Bilik kami berkongsi dengan Team dari Perak.Rupanya ada kawan Mustapha dari Terengganu dan mereka dari jabatan BPR,bukan kumpulan nyanyian teteapi Kumpulan Pencegah Rasuah.Sempat kami berborak mengenai hal-hal semasa dan borak-2 kosong.

  Antara kakitanga BKBP Angkasa yang bertungkus lumus menjayakan program pada malam ini dan seterusnya.Pada paginya kami bersarapan di coffee House Hotel dan bergerak ke Shalin's@ Space Bowl di  U8 Shah Alam.Tempat bekas pemain Bowling Negara dan satu-satunya Pusat Bowling yang di buka oleh orang Melayu.Sebaik kami tiba di sini kami mencuba uji lane International di sini.Pada mulanya kami agak sukar mencari dot yang sesuai namun akhirnya berjaya juga di temui.Selepas itu kami di jemput makan tengahhari berdekatan dengan Shalin's Space.Selepas itu kami memasuki semula tempat bowling untuk meninjau lane dan hadiah yang di tawarkan pada hari ini.

Inilah hadiahnya,banyak jugakkan berbaloi rasanya jika dapat no 1-4 memang hadiahnya nampak agak exlusive.tapi dalam kotak susah nak agak.Kami bermain pada lane 8 dan di sebelah kami adalah Team dari Sabah bah..Sebelum bermula kami melakukan sedikit warm in up dan memeriksa condisi papan lane sebelum bermula.majlis ini di rasmikan dan pertandingan di mulakan.
Permulaan permainan kami masih bergelut mencari dot kerana setiap lane mempunyai oily yang berbeza.Mustapha bermain baik dan Nik serta Zairi masih belum panas.Selepas selesai game pertama kami menduduki tempat ke 6 dan bersambung game ke 2 kami mulai menapak tempat ke 5.selepas tamat games ke 2 kami berehat seketika sambil mustapha memeriksa kira-2 lawan yang lain.

Bermula kembali pada games yang ke 3 kami mula bermain baik.kami mula selesa dengan lane dan mula datang keinginan untuk mengejar team yang berada di tempat pertama.sasaran kami semakin hampir bila tamatnya games ke 3 kami berada dalam kedudukan 3 terbaik.
Dalam masa untuk memantapkan permaianan kami telah bersedia untuk memotong team yang berada di tempat pertama namun apa kan daya rezeki kami bukan lagi Johan kerana kegagalan nik mendapatkan Home Strike dan Zairi serta mustapha pada balingan terakhir menyebabkan kami berjaya menjatuhkan 2001 jatuhan Pin dan Team dari kedah kekal tempat pertama dengan 2018 jatuhan pin.mungkin sebab hadiah  tempat pertama adalah beg bowling 3 biji bola dan kami rata-rata mempunya 2 biji bola mungkin sebab inilah kami memang sesuai di tempat ke-2.

kami sempat bergambar dengan Shalin yang kebetulan di jemput oleh Angkasa bagi menyertai perandingan ini dalam kategori VIP.Kami juga nampak kelibat Babul dari Wangsa Walk yang mengajar Bowling untuk sebuah U di K.L

Selepas tamat pertandingan majlis penyampaian hadiah berlansung dan kami menanti hadiah kami seperti mana yang telah di beritahu tadi kami menduduki tempat ke-2 terbaik.

Banyak hadiah yang kami bawak balik.Dengan beg bowling masing-masing lagi dan dengan hadiah ini menyebabkan kami ntak cukup tangan untuk membawanya.namun dengan susunan yang baik kami berjaya juga membawa semua barangan ini dengan sekali jalan.

Aksi Shalin dalam kategori VVIP dan Admin tidak berkesempatan untuk melihat cara dia bermain kerana sedang bertanding dan mungkin bila dapat melihat akan ada teknik dan cara bagi membaiki diri.



Kami sempat lagi posing sebelum bergerak ke Dynasty Hotel Shah Alam bagi merehatkan diri dan tido di sana sebelum bertolak balik ke Terengganu.Insyaallah jika Terengganu dapat memasukki Grand Final dalam Pertandingan Ten Pin Bowling MASKAB kami kan kembali menjejakkan kaki ke sini.

 Ucapan Ribuan Terima kasih kepada semua kakitangan BKBP Angkasa kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Bowling peringkat Kebangsaan ini dan tak lupa juga kepada Shalin kerana memberi hadiah khas semasa kejohanan dan begitu sporting sekali bergambar dengan semua peserta dan kakitangan Angkasa.Jika ada sumur di ladang boleh kami menumpang mandi,Jika ada umur yang panjang Insyaallah kita bakal bertemu lagi di lain tahun dan masa.Tahniah kepada semua peserta dan kepada Team Terengganu keran bersaing sengit dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan semoga dengan naib johan ini kami akan terus berjuang untuk Jabatan,Club dan Diri Kami sendiri dalam arena Bowling ini.Prestasi turun dan naik adalah adat.Latihan yang cukup dan dapat menyerap tekannan semasa pertandingan serta cepat membaca lane akan dapat memajukan diri dalam arena ini.Tektikal dan teknik bermain perlu di perbarui dari semasa ke semasa supaya permainan kita semakin maju dan berkesan.Majulah sukan untuk Negara

GO TURTLE BOWL GO!!!!!!!!!!!

Thursday, 13 December 2012

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012 SIRI KE-9

Surat di terima pada 21.11.2012 Sempena kejohanana Ten Pin Bowling Maskab 2012 siri ke -9 yang akan berlansung di Kelantan cuma venue pertandingan di ubah dari KB MALL ke Mutiara Bowl,Billion Kota Bharu.
Inilah dia senarai pemain dan pengurisan kelab yang akan menggalas tanggungjawab seperti biasa.cuma hanya 2 pemain sahaja akan bertolak pada hari pertandingan dan yang lain akan bergerak masing-masing.
DI harapkan ada sinar di Kelantan.
Senarai ranking terbaru selepas siri di Negeri Sembilan menunjukkan Terengganu berada pada Ranking ke 6 dan masih berbaki 2 siri sebelum ke Final.Dan Hari ini mereka bakal berentap sekali lagi.Dengar cerita Kelantan nak Johan sebab tempat Dia kan.Tapi Bowling adalah sukan subjektif semua boleh jadi johan.Bila-bila masa kan.Johan adalah impian setiap pasukan yang bertanding.
Yang seronoknya jika Admin sendiri dapat main tentu seronok sebab di sini lah Bola VIVID admin dilahirkan dan mula mengenal lanenya....hehehhe.Di atas adalah ketogori berpasukan.Harap Terengganu dapat membaiki kedudukan.
Manakala Kategori pegawai pula melihat Terengganu berada pada ranking ke 11.Jika Tuan wan ingin ke Final,beliu perlu segera bangkit kerana terlalu lama terlena.mungkin kerana masalah dan kerumitan yang ada membuatkannya hilang fokus.Insyaallah Admin harap Tuan Wan Kembali...huhuhu

Dari 24 pemain bagi kategori pegawai kanan hanya 10 terbaik akan layak ke Grand Final yang bakal berlansung pada 29.12.12 di Shalin Space Bowling yang mana asalnya di Sunway Piramid.Harap Terengganu juga mempunyai wakil dalam Kategori ini.
  Pada 24.11.2012 pertandingan berlansung di Mutiara Bowl,Billion Kota Bharu Kelantan.Pertandingan di mulakan pada jam 2 petang.Rupanya lane di sini mempunyai 2 type.Sebelah lane Statik dan sebelahnya lagi wood lane.Mungkin akan ada sedikit kesukaran dan rasanya score tidak akan capai tahap maxsimum.2 jenis lane ini akan melihatkan percaturan dan strategi pemain yang mana cepat dapat membacanya dia mungkin akan jadi johan.Memang lane ini membuka kembali peluang pasukan terbawah untuk merapatkan jurang dan menyingkirkan pasukan yang berada di Ranking 10 terbaik.Adakah wood lane bakal di ungguli oleh pemain staright ball? kita tengok keputusannya.Bagi kategori Berpasukan ini lah dia keputusannya:-

 Terengganu tidak berada dalam senari kertas pertama keputusan.Memang lane kat sini sukar untuk maintain score kerana 2 jenis yang berlainan.Tapi bagi admin sepatutnya Maskab sebagai urussetia membenarkan Zurina di tukarkan kerna sudah mengandung 8 bulan.Walaupun diadakan perbincangan sepatutnya sukan ke arah kesihatan dan menjaga kesihatan tetapi kalau dah 8 bulan tidak boleh lagi untuk menukar pemain,Admin rasa ianya satu perkara yang serius dan perlukan keputusan tepat.Bukan nak kata Zurina tidak boleh main tapi conditionnya tidak mengizinkan.Kasihani lah Ibu-ibunya mengandung.Dulu pun kita berada dalam perut mak kita jugak kan.Fikirkan lah

Maaf kan admin ye,sebab kertas ada sedikit conteng menconteng bukan tak puah hati tapi kira score.Terengganu mendapat tempat ke sembilan pada pertandingan kali ini.kerana faktor lane dan pemain.Tapi kita masih boleh membaiki atau maintain kedudukan sedia ada kerana point sudah jauh dan masih dalam kategori selamat.Zairi pula berjaya mendapatkan high score di lane statik dengan 233 jatuhan pin dan menerima Hadiah sebagai high score game.

Tahniah buat Zairi.Hari menjadi belash jee,hehhe.Dan tahniah jugak kepada Zurina kerana berjaya menghabiskan 4 game untuk mebantu pasukan.Harap di kuantan dapat di berikan kelonggaran dan di gantikan dengan Zety.

Tuan Syariman berjaya menduduki 13 terbaik masa pertandingn kali ini dan ranknya jauh sedikit ke tempat ke 12.Masih ada sinar untuk masuk ke Grand Final jika berjaya mendapatkan mata.1 siri yang terakhir.Tuan Wan kena cuba habis-habisan untuk layak ke Grand Final.kami berharap sangat...Insyaallah bolehh.
Itu lah dia aksi di Kelantan dengan beberapa kejutan yang ada di Kelantan.Kami akan mnyusuri high way sekali lagi untuk ke Kuantan pada 15.11.2012 di kuantan Megamall.Semoga Terengganu Bangkit dan menconfirmkan tempat terbaik...

GO Turtle Bowl GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 11 October 2012

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TRIO KOPERASI ANGKASA

Gambar ini hanyalah hasil grafik poknikmu
   Pada 9 oktober 2012.Turtle Bowling Club telah menghantar 3 pemain untuk memasukki Pertanding Trio anjuran Koperasi Angkasa Terengganu.Walaupun Club telah membuat pemilihan untuk 3 pemain terbaik akan ke pertandingan ini.Nampaknya buka acara individu yang di pertandingkan tetapi acara Trio.Banyak agensi-agensi kerajaan yang lain menhantar pemain dan oleh kerana surat yang di hantar tidak di nyatakan bermain secara individu atau Trio.Ada pasukan yang menhantar pemain wanita.rupanya dia tidak dinyatakan dalam surat.Nampaknya jika ada lagi di tahun hadapan pihak pengurusan mereka kena baiki sedikit lah tentang acara dan syarat yang lebih jelas.

  Sampai sahaja di Terengganu Aqusterian Resort ,sudah nampak geng-geng yang sudah biasa bermain B graded di KT Bowl astaka.Terutama, Omar,gzie dari MPKT,Mijue dari kesihatan dan cikgu Abdul Rahim dari pendidikan dan beberapa lagi pemain yang yang di sana.Kami pun mati-mati ingat main individu.Sampai di meja pendaftaran sudah di letakkan 3 nama sekali seolah-olah akan bermain bersama.Tanya punya tanya Betullah acara Trio rupanya.Namun dalam pada itu ada pula cerita yang mengatakan pemenang akan mewakili Koperasi Angkasa Terengganu ke Pertandingan peringkat negeri pula,katanya di Kuala Lumpur.
  Pada jam 8 malam semua peserta di pelawa makan dulu,ada kuih dan meehon goreng.Pada mulanya malas nak makan hanya ambil minuman sahaja.Ada pula yang memberikan cadangan agar bermain 2 blok.sekarang ni pengurusan mereka meletakkan 2 pasukan dalam 1 lane.bermakna 6 orang akan bermain dan ini melambatkan masa.Jadi hasil dari perbincangan dengan wakil-wakil pemain semua sebulat suara bersetuju akan bermain 2 blok.

 Blok pertama nampaknya MBKT,PDRM,Pendidikan,kesihatan dan lain-2 akan bermain dulu.Manakala kita akan bermain untuk blok kedua.Nampaknya geng-geng star akan bermain dulu.Permainan 3 games memerlukan fokus yang tinggi dan antara pemain kena cepat-cepat cover.Itulah yang di pertontonkan kepada kami bagi blok yang pertama.Game pertama dan kedua di dahului oleh MBKT tapi bila masuk games ke-3 PDRM pula mengatsi MBKT dengan 1619 jatuhan pin.maknanya blok pertama di dahului oleh PDRM kerana Putra dan jumpa dotnya.

 Bermula blok kedua, susunan pemain di dahului oleh Poknik , Zairie dan Mustapha bertindak sebagai angkle.Permainan bermula baik dengan game pertama sahaja kita dah mencatatkan 603  jatuhan pin.dan pada game kedua pula sedikit jatuh dengan hanya 473 jatuhan pin dan game ketiga kami bangkit dengan 590 jatuhan pin.Dan di nobatkan sebagai Juara edisi 2012 dengan 1666 jatuhan pin.Kami memenangi 1 tropi Johan dan Hamper setiap seorang.manakala Door Give adalah bekas minuman panas dan air jus kurma.Tetapi poknik dapat lagi extra 1 hamper bagi cabutan bertuah.Alhamdullilah tuah poknik makin menjadi-jadi sekarang nii.Rezeki kan.Vivid susah mula memberikan Hint yang ia sudah bersedia mengutip hasil.Harap kawan-kawan lain juga akan meningkatkan permainan untuk diri sendiri.







 Total : 1666
 1) Nik    : 212 , 157 & 187
 2) Zairi   : 166 ,162 & 235
 3) Stopa : 224,154 & 168

 Mustapha pula bertanya keputusan tentang wakil untuk Pertandingan antara negeri pula dan Pengurusan akan memaklumkan dengan bersurat nanti kerana kebiasaannya memang akan diadakan peringkat negeri pula.Cuma tarikh dan masa belum dapat di pastikan lagi dan kami hanya tunggu surat dari mereka.Tahniah semuanya kerana berjaya menberikan cabaran dan lawan kita bukan calang-calang pasukan dan Tahniah juga kerana mengharumkan nama jabatan.Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.Tunggu update nanti ..


GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 2 October 2012

PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING JEMPUTAN

Terima surat dari Pengurus Bowling bagi Pertandingan Ten Pin Bowling Jemputan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Negeri Terengganu 2012.Inilah yang kami bermain sebanyak 11 games dan keputusan seperti yang kita maklum 3 orang yang akan mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu yang akan di adakan pada 9 oktober 2012.Bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) hari selasa depan.Inilah senarai pengesahan pemain yang di hantar:

 Di harapkan pemain pakai pakain seragam dan mengikut peraturan sebab kita adalah wakil dan duta jabatan kerana sebarang kesilapan akan memalukan jabatan.Di harap pemain pergi ke Ter  sebelum pertandingan bagi menguji sendiri lane di sana supaya tidak kekok bila bermain nanti.Selamat berjaya dan semoga dapat keputusan terbaik.

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012 SIRI KE 8


Pada 1 September 2012 berlansungnya siri ke-8 dan masih ada 2 baki siri lagi di Kelantan dan Pahang.Kedudukan kita sudah turun ke tempat keempat selepas siri ke-7.Adakah kita akan bangkit hari ini dan mencapai sasaran pasukan.Pemain berada dalam keadaan baik hari ini.Semalam pun dah uji dan baca lane lagi sekali tetapi hasilnya agak memberansangkan.Lane kayu ni memang sesuai jika bermain stail stright Ball dan memberi masalah pada yang bermain hook.

Selepas tamatnya bermain 4 games keputusan yang di harapkan masih lagi jauh dari sasaran.semua agak kecewa tapi inilah yang di katakan games pasti ada hari kita menjadi dan ada hari kita menjunam.Jangan kita persoalkan kenapa kita menjunam tetapi kita fikirkan bagaimana nak bangkit dari kejatuhan dan kembali ke landasan dengan secepat yang mungkin.Kita kena yakin yang kita mampu bangkit.Kita datang bertujuh walau apa jua keputusan jangan abaikan kawan-kawan yang turut serta.Mereka juga seperti pemain yang mengharapkan kejayaan.Walaupun nak fokus bantuan orang belakang memang penting.sekurang-kurangnya pandanglah mereka kalau kita terlalu semangat pun kita tak perasan ada sesuatu yang kita lupa.Pengurus dan jurulatih serta pemain simpanan ada di belakang walau tanpa kerusi mereka tetap berdiri dan sentiasa ada.Mungkin ada yang terasa kerana pemain tidak pandang belakang perkara ini tidak boleh berlaku sebab mereka juga sparing partner pemain utama.Semangat berpasukan jangan sesekali abaikan.Pemain utama juga sepatutunya tahu kemampuan mereka jika dah rasa tidak boleh bermain apa salahnya jika kita sendiri yang bersuara agar pemain lain masuk gantikan kita.Pemain utama trio 3 orang dan seorang Pemain bagi acara pegawai kanan.Mereka boleh bertukar semasa trio.Inilah mentalliti yang sukar di cari.Dah rasa tak boleh masih nak bermain yang ruginya siapa? pasukan jugak kan.Ni lah Semangat dan mentaliti yang ada sekarang ni.Susah nak cakap tapi kalaulah admin ni pengurus mungkin admin akan cari player yang ada positif dan team spirit.Tidak perlu sentiasa nak bermain kalau kita tahu yang kita tidak mampu dan beri laluan pada orang lain pula.mungkin yang rasa nak boleh perform akan membantu dan bukan merugikan pasukan.

Aik mana Terengganu ni..tak ada pun dah no 14 ni...risau sungguh...


Drop lagi kita rupanya,hari jatuh ke page kedua keputusan.no15 dari 20 pasukan bagi acara trio.Jom kira everage dulu yang pasti semua tak nak tengok sebab yang pertama masalah lane dan kedua nak selesai masalah sendiri ni lah rupanya.
Zairi       : Total 618 everage 154
Mustafa  : Total 611 everage 152
Ayeep    :  Total 538 everage 134

Kita kena terima hakikat hari ni semua tak menjadi total 1767.tidak perlu tidak bercakap dan tidak perlu terlalu kecewa sebenarnya sebab kita dah mencuba dengan apa yang kita ada dan rezeki kita hanya setakat ni hari ini.Dari segi pengurusan latihan memang tak cukup dan kita dah miss 2 bulan latihan kerana bulan puasa dan raya.mungkin momentum kemenangan sudah hilang.Kita kena cari balik rentak kemenangan dan sekurang-kurangnya kena kembali ke 3 terbaik seperti sebelum ini.Di khuatiri akan pasukan dari belakang yang akan terus menolak kita ke bawah.Setakat ini kalau tidak salah kiraan kita turun lagi satu anak tangga ke tangga ke-5.Kita juga perlu segera mencari kaedah terbaik dengan Ayeep akan berehat panjang kerana mengandung dan akan di gantikan dengan Atie yang baru beli bola.Sekurang-kurangnya dalam masa sebulan ini Atie kena bermain maintain 4 game 130 jatuhan pin dan bulan depan kena jugak sampai 150.Kalau tidak Lelaki kena bermain dengan hardcore tanpa sebarang kesilapan.Di harapkan ada sinar di Kelantan nanti.

Trio sudah tidak menjadi dan memang memberi kesan pada Tuan Wan yang bermain dalam acara Individu pegawai kanan.Admin harap dapat membantu tapi di belakang dan yang menentukannya adalah player itu sendiri.kita tengok sahajalah scorenya:

Keputusannya ke tangga 14.Memang sukar sedikit jika kita nak bandingkan lane di Negeri Sembilan ni kerana lane kayu.jadi inilah sahaja yang kita berjaya lakukan.Game pertama 154 jatuhan pin.Manakala games kedua adalah 147.Drop lagi games ke tiga 133 dan games terakhir 150 dan jatuhan pin 584.Kalau di ikutkan sasaran 180 jatuhan pin pergames dan total game 720 jatuhan pin.Kalau ikutkan sasaran hari ni Tuan Wan berpeluang menduduki tangga kedua.Tapi inilah bowling.Masih berbaki 2 siri lagi sebelum ke grand Final,Trio di lihat masih selamat jika pasukan yang menang nanti adalah dari pasukan teratas tetapi jangan tidak pandang ke bawah.sebab 2 siri dengan jarak score johan adalah 25 mata.Kita kena beringat sebelum kena dan frust menunggeng.Sekurang-kurangnya kita perlu ambik 3 terbaik dalam 2 siri akan datang jika mahu ke Grand Final.Kena kosisiten dari awal supaya senang di Grand Final.Bagi pegawai kanan Tuan Wan perlu segera mencari kaedah lain kerana kaedah sedia ada sudah tidak ada kepuasan.Kita masih ada ruang dan peluang jadi gunalah sebaik mungkin supaya kita sentiasa bersaing dan terus bersaing.Kejayaan tidak datang dengan kata-kata tetapi usaha tanpa merendahkan orang lain pasti dapat bantuan dari Allah.

AYUHH !!!!!!! BANGKIT!!!!!!!!!

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!



KEJOHANAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012 SIRI KE-7

Hari ini 239 september 2012 Pertandingan bersiri kembali bersambung kali ini di Melaka International Bowling Centre MIBC dekat dengan MITC melaka.Kedudukan Terengganu Bomba Team sekarang adalah di tempat ketiga dengan 50 mata.mampukah team kita meraih mata hari ini? di harapkan team trio kita dapat menunjukkan prestasi terbaik.

Ini pula adalah senarai kedudukan sebelum bermulanya acara Pegawai kanan.Tuan Wan berada dalam ranking 10 pemain terbaik dan di harapkan dia menjadi hari ini dan kita akan pantau permainan beliu.

Tempat ke-12 selepas tamat acara trio dan persembahan hari ini jauh berbeza dan sepatutunya kita berada dalam 10 terbaik bagi mecari mata dan sasaran 5 tempat terbaik tidak men jadi hari ini.Sebagai Admin blog ini dengan serius dapat di rumuskan pemain lambat untuk mencari balik dan cover kesilapan yang di lakukan semasa bermain dan cepat Frust.Tapi bola tu bulat kan,hanya tangan sahaja yang akan menentukannya.Di kala kita dia atas selalulah pandang di bawah kerana kita tidak tahu bila kita akan jatuh.

Untuk trio kita mensasarkan setiap game paling kurang 500 jatuhan campur dengan 3 pemain.Tetapi game pertama hanya mendapat 471 dan negetif 29 jatuhan pin dari sasaran.Pada game ke-2 pula kita naik sedikit 497 dan nhanya kurang 3 jatuhan pin sahaja.Manakal pada game ke -4 pula kita jatuh kembali 444 dan kembali 39 pin kurang.Pada game yang terakhir kita masih bawah par 500 jatuhan pin dan hanya berjaya membuat 457 jatuhan pin sahaja.Total 1846 jatuhan pin dan - 134 dari sasaran dan berkedudukan tempat ke-12.jom kita tengok everage pemain.

Miustapha : Total : 714 Everage 178 = 4 games
Zairi         : Total : 600 Everage 150 = 4 games
Ayeep       : Total : 532 Everage 133 = 4 games

Overall semua bermain bawah par,Pemain lelaki paling kurang everage kena 180 ke atas dan perempuan 150 ke atas per games.Lane kat melaka ni lebih elok berbanding di negeri sembilan.Jika di sini menurun paling tidak di Negeri Sembilan esok kita kena bermain pada par masing-masing.Suasana semasa pertandingan agak baik dan masing-masing memberi sokongan antara satu sama lain.Cuba baiki kedudukan dan score di Negeri sembilan esok.


Kategori pegawai kanan pula kita dapat melihat Tuan Wan berada pada kedudukan ke-13 selepas bermain 4 games.Tuan Wan mengakui selepas balik dari kejohanan SUKEP dia mula menurun kerana gagal mencari rentaknya kembali.Dia kena berusaha sendiri untuk mengubah atau bermain dengan cara yang sama untuk maintain score,memang banyak spare yang miss.sesuatu perlu di lakukan.

 Kita kira dulu everage Tuan Wan.Total 622 everage 155 = 4 games.Wah jauhnya,kita sasarkan dia boleh membuat 180 ke atas setiap games.Teruskan usaha tanpa jemu.Sepatut jika keadaan menjadi sebegini perubahan pemain perlu di lakukan segera tapi melihat pada kedudukan hari ini kita hanya mampu berdoa dan berharap semangat juang akan bangkit dari dalam diri masing-masing untuk mencapai sasaran pasukan dan terus bersaing untuk ke Grand Final.Enjoy your bowling!!!!!! tapi sayang kita tak enjoy pun hari ini.Semoga cepat bangkit !!!!!!!!!

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!

Saturday, 29 September 2012

TEST LANE DI MIBC MELAKA


Pada 28 September 2012 kami sampai di MITC Melaka di mana tempat inilah tempat akan yang akan diadakan esok.Pemain-pemain berada dalam keadaan baik dan sihat kecuali Ayeep yang kini mengandung 5 bulan tapi masih sihat dan masih boleh bermain bowling.Harga untuk bermain bowling di sini sama dengan di KT BOWL Astaka Terengganu 6 games RM20.Hari ini juga akan di sambung pemilihan untuk pertandingan yang di anjurkan oleh Biro angkasa dan markah akan di tambah dengan markah keseluruhan semalam.Bermain di lane berkecuali memerlukan masa untuk mencari mark point semasa balingan di lakukan.Bermain dengan 6 games memang ada sedikit cabaran kerana perlu maintain score terbaik setiap games.Permainan hari ini sangat mencabar kerana point bersilih ganti dan kedudukan pemain untuk 3 terbaik silih berganti.
   Pada 3 games yang terakhir cabaran semakin sengit Antara Poknik,Tuan Wan dan Fauzi.Namun bagi pemain hook dari segi teknikal kadang-kadang bola ada yang sesuai dengan minyak yang masih banyak dan ada juga menjadi bila lane semakin kering.Pada games yang ke-4 sekali lagi point semakin hampir dan semakin sengit.Sehingga games ke-5 point makin hampir dan mencemaskan.Prestasi Zairie memang menarik dan memberikan bau pada acara trio esok.Mustapha macam biasa macam-macam mark balingan di cubanya bagi persiapan acara esok.Ayeep pula nampaknya menunjukkan yang dia masih pemain terbaik bagi acara wanita.Walaupun mengandung 5 bulan.Atie memerlukan masa lagi kerana dia masih baru dengan menggunakan bola Spare ball zairie dan bola itu pula perlu di buat lubang semula.
Fauzi bermain baik dan masih maintain scorenya.Poknik pula pada 3 games terakhir baru bertemu dengan mark balingannya dan terus mengejar bagi mendapatkan tempat ketiga.Tuan Wan pula sebenarnya dia kena maintain speed balingan dan inilah masalah utama bila dia bermain.Tuan Wan perlu cepat mencari mark balingannya dan cuba kekalkan speed dan cara balingan. Jadi inilah dia keputusan pemilihan 3 pemain terbaik bagi mewakili kelab ke Pertandingan individu anjuran Biro Angkasa:-



1)    Zairie             : Total =1865   Everage :169   = 11 games
2)    Mustapha      : Total =1827   Everage :166   = 11 games
3)    Poknik           : Total =1822   Everage :165   = 11 games
4)    Fauzi             : Total =1804   Everage :164  = 11 games
5)    T.Wan            : Total             Everage            = 11 games
6)    Ayeep            : Total             Everage            = 11 games
7)    Atie                : Total             Everage            = 11 games


 Selesailah sudah pemilihan dan sekarang kita tumpukan kepada acara trio untuk bersiri esok dan dengan cara Zairie bermain hari ini nampaknya ada nomborlah esok.Mustapha rasanya dah tahu bagaimana nak bermain esok.Ayeep pula rasanya dia bermain baik dan dah tahu apa yang dilakukan esok.


Di harapkan esok trio kita dapat mengekalkan antara 5 terbaik keseluruhan dan bagi acara pegawai kita mengharapkan Tuan Wan dapat membaiki kedudukan dan berada dalam 5 pemain Pegawai kanan.Semoga sinar yang di harapkan mendapat Keizinan dari Allah S.W.T…amin..


Go Turtle Bowls GO!!!!!!!