Sunday, 17 April 2016

TEMPAT KE-3 ACRA 4 BERPASUKAN

Turtle Bowl's di wakili oleh MBI,CG,Nik M dan Rosmadi Ayu
Pada Jumaat,8 April 2016 satu jemputan perlawanan yang di adakan di TER Kuala Ibai ,Terengganu.Hanya 6 Pasukan sahaja yang terlibat Nyior Gule,Fifi Group,MSKPP Marang A dan B dan K.Nerus.Pada awalnya kita mahukan bakri namun kerana perlawanan ini tidak bersurat jadi CG menggantikan tempat Bakri.melihat pada senarai pasukan Nyior Gule Merupakan satu pasukan berpasukan yang Kuat di mana majoriti Bowlersnya Berstatus A.Manakala Team Turtle adalah Mix A dan B Greded.Jadi Perlawanan Ini Kami hanya Fokus pada Nyior Gule No 2 dalam tangan.Namun itu perancangan awal.

Team Nyior Gule E1,Kyrol,Zamly dan Puan Aida.

Kita Bermain 4 game dan format 10 pin.semasa aksi permainan berlansung Team Nyior Gule boleh sampai 755 jatuhan Pin.Tapi Kondisi lane tidak membenarkan Team Turtle Untuk bermain High Game.Akhirnya kami hanya layan tapi keadaan nk spare juga jadi susah.Apa lagi nk kita katakan ini lah Lane Bowling di Trengganu.Nak tunggu tempat baru lambat lagi nk buka.Kami bermacam cara dah kami bermain namun hasilnya tidak sebagaimana kami harapkan.Memang niat nak buat kejutan namun tiada jalan mudah buat kami kat TER.Semasa Game kedua kita berada di tangga ke -4.Namun kami cuba juga untuk mendaki dan terus mencuba.Semakin berat kami cuba semakin payah juga jadinya.

Inilah Bowling kan ....apa-apa pun kami memang enjoy walaupun hari ni bukan rezeki juara untuk kami.Dengan adanya Nyior Gule kami tahu apa yang kami perlu lakukan nanti,Untuk di TER.Tapi masalah di MIG BOWL pun belum boleh solve lagi.Banyak kerja lagi perlu Team Turtle lakukan Untuk Ke SUKBOM 2016.

Inilah Score dari Team Juara hari ini.Manakala Team Turtle Berada di Tempat Ke-3.Manakala Team Pengajur adalah di tempat ke 2.

Alhamdulilah kami berjaya juga dapat No 3 walaupun susah bermain di sini kerana penjagaan lane tidak seperti di negeri-negeri lain.

Team Juara Nyior Gule
Tempat Ke-2 Team Fifi
Team Turtle Bowl tempat ke-2
Semasa penyampaian hadiah di lakukan 2 orang dari pasukan belum selesai solat lagi.sebab tu hanya 2 wakil mengambil hadiah,
Team Result
Individu Result
Walaupun payah kami tetap mendaki dan akan meneruskan perjuangan kami hingga mencapai apa yang di sasarkan pada SUKBOM 2016 nanti.Go Turtle Bowl's Go !!!!!

KE ARAH SUKAN BERPRESTASI TINGGI
GO TURTLE BOWL'S GO!!!

Friday, 1 April 2016

PERSAHABATAN PERTAMA 2016


Pada 24 march 2016 satu sesi pemanas badan telah diadakan dengan pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.Perlawanan ini Berlansung di MIG BOWL Astaka Kuala Terengganu.Acara yabg diadakan adalah
       
             1.VIP
             2.Double Lelaki
             3.Double Wanita
             4.Trio Lelaki.

Apa yang perlu adalah Team kena tunjukkan apa yang kita mampu capai.bukan apa sebab Y.S Pengarah sendiri yang akan hadir.Di khuatiri Y.S Pengarah akan terus menilai dalam persahabatan pertama.kalau bawah par takut ada yang tidak di bawa untuk Sukbom nanti.Y.S Pengarah lama Tuan Saleh salbinie mungkin beliau tidak kisah sangat,Tetapi Tuan Azlimin ni lain sikit.Kena Waspada.

Perlawanan Persahabtan anatara Bomba Terengganu dan JKNT

Mengikut Senarai nama yang di keluarkan team bomba menghantar 10 pemain,Pengurus bermain untuk acara VIP dengan Y.S Pengarah Tuan Azlimin,double lelaki dan 2 team double wanita serta 1 team trio.di sebabkan beberapa masalah Zayati Muda tidak dapat bersama kali ini begitu juga dengan Zairi yang masih berada dalam Wad.Tempat Zayati di ganti dengan Puan Nurul iaitu isteri kepada Rosmadi Ayu yang juga ahli Prisma.Vateren hanya seorang sahaja yang di panggil iaitu en.Fauzi.

Sebelum acara bermula Y.S pengarah menyampaikan saguhati kepada pengurus JKNT.Y.S Pengarah Sendiri bermain sama dengan Pengurus dan Doktor JKNT.

Trio Bomba di wakili Nik M ,Rosamadi Ayu dan En.Fauzi

Doubles Wanita Puan Najwa,Puan Dayah,Puan Nasuha dan Puan Nurul

Y.S Pengarah Bersama Doktor Lutfi dan Mustafa

Y.S Pengarah Bersama Doktor Lutfi dan Mustafa dan en Fauzi


Mengikut event Bomba memenanginya dengan mengikut kiraan jatuhan pin.Tetapi Individu kita bermula No 2.Team Lelaki setakat ni masih beraksi di bawah par.mungkin dengan keadaan Lane semasa.ada beberapa perkara yang masih perlu di baiki.

Terima Kasih di Ucapkan Kepada JKNT kerana menjemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan ini.Terima Kasih Juga Kepada Y.S Pengarah kerana turun padang serta bersama Team untuk perlawanan persahabatan ini.Team amat berbesar hati dengan Kehadiran Y.S Tuan Azlimin.Terima Kasih juga kepada pasukan di atas komitment yang telah di berikan.

KE ARAH SUKAN BERPESTASI TINGGI
GO TURTLE BOWL'S GO

PENGURUS BARU TEAM BOWLING BOMBA NEGERI TERENGGANU

Tuan Zulbahry
Di maklumkan Pengurus baru Team Bomba Negeri Terengganu 2016.PPgB Zulbahry Bin Sulung Berasal dari Terengganu.Berumur 40 tahun dan sekarang bertugas sebagai Ketua Balai.Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota.Telah bertugas selama 17 tahun dalam jabatan.Sebelum ini bertugas di Balai Pontian johor Selama 15 tahun.Acara sukan beliu adalah Takraw danFutsal.Selamat Datang kepada Tuan dalam Team Bowling Bomba Terengganu.
Harapan dan impian untuk kejayaan pasukan kini berada di tangan Tuan.Kami akan teruskan legasi pasukan dengan memberikan apa yang kami ada ke arah sukan berprestasi tinggi.Pengarah pun baru dan mungkin ada beberapa pembaharuan dan kaedah baru bermula 2016.Selamat datng dan Terima Kasih Tuan.

KE ARAH SUKAN BERPRESTASI TINGGI

GO TURTLE BOW'S GO

4 BERPASUKAN MAKSAK LELAKI 2015 RANGKUL EMAS

Sekalung Tahniah buat 4 berpasukan Lelaki MAKSAK Terengganu 2015. kerana telah menunjukkan prestasi yang terbaik kerana telah berjaya merangkul pingat Emas.Mereka Terdiri daripada Nik (jkr),Cikgu Rahim (Pendidikan),Mustafa Ismail(Bomba) dan Mohd Bakri (Bomba).2 bowlers dari Team Bomba berada dalam pasukan ini.Tahniah atas komitment yang tinggi semoga kejayaan kalian menjadi inspirasi kepada Team Turtle Bowls yang lain.

Untuk Tahun 2015 Keseluruhan berpasukan lelaki di menangi oleh Team MAKSAK Terengganu.semoga Tahun 2016 Terengganu boleh menjuarai keseluruhan berpasukan lelaki dan wanita.jadi atas tiket MAKSAK pasukan wanita perlu ada satu latihan yang berlainan kalau nk pergi jauh kerana kurangnya bowlers wanita di negeri Terengganu sebab itulah nak naikkan level wanita agak sukar sedikit.kerana event biasa pun di negeri Terengganu ni jumlahnya terlalu sedikit.Wanita kalau yang berkerja kerajaan ni memang amat sedikit menyertainya maklum lah kebanyakkannya sudah berumah tangga dan komitment pada jabatan masing-2.
Team MAKSAK TERENGGANU Lelaki

Team MAKSAK TERENGGANU Wanita

Harapan 2016 juara keseluruhan.Tapi bagaimana? Macam Mana? itu terpulang kepada pengurusan Jabatan yang akan mengurus pasukan Ten Pin Bowling Tereangganu.