Sunday, 8 February 2015

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING PAHANG ANJURAN (MAKSAK DAN PKNP)



Team sebenarnya ingin menghantar 2 pasukan dan oleh kerana ada beberapa masalah pengurus dan hanya 1 team sahaja di hantar kerana yurannya agak tinggi RM 400.Tetapi kerana Persatuan sukan tidak mengeluarkan budget dalam erti kata lain budget yang di hantar tidak di Luluskan oleh Ys Pengarah.Hanya pelepasan sahaja yang di berikan itu pun sehari sebelum kejohanan.Kebiasaannya kami akan berlatuh selama seminggu sebelum pergi ke apa-apa kejohanan.Jadi kali ini memang sudah di jangka untuk menang memang ada sedikit kepayahan.



Hari pertama kejohan semua pasukan di berikan cenderamata sebelum acara pertam kategori individu di pertandingkan.walaupun dengan kepayahan kami tetap mnghantar 2 pasukan Bomba Terengganu A dan B.

Nik M mewakili Bomba Terengganu A
Wan Hafiz Wan Mazlan Mewakili Bomba Terengganu B
Bomba Terengganu B kategori single berada pada tangga Ke-7 manakala Team B berada pda tangga 16.selepas selesainya acara pertama kami akan terun semula untuk kategori doubles pada jam 3 petang nanti.

Zairi dan Bakri mewakili Bomba Terengganu A

MBI dan GG mewakili Team Bomba Terengganu B


Bomba TRG B berada di tangga ke-5 dan Bomba TRG A berada pada kedudukan ke -17.Kami akan cuba untuk membaiki kedudukan apabila acara trio bakal berlansung pagi esok.


Apabila waktu malamnya kebetulan ada siaran lansung Perlawanan Bolasepak antara Pahang dan Jdt untuk merebut Piala Sumbangsih.Kami makan Seafood di Tanjung Lumpur bersebelahan dengan stesen minyak petronas.Macam-macam cerita ada kat sini.nak tahu? tanya mereka lah ye bila ada peluang.


Selepas makan kami ke rumah transit bengkel di BBP Indera Mahkota dan bukannya hotel ini pun atas kenalan yang ada di sana.Tak ada Budget nak tido Hotel Budget.

BOMBA TRG A Di wakili oleh Zairi,bakri dan Nik M   
BOMBA TRG B Di wakili oleh MBI,GG dan Wan Hafiz
Bomba B mendapat tempat ke-4 dan BOMBA TRG A mendapat tempat ke 13.









Inilah dia keputusannaya.Bomba Terengganu A paling cemerlang kali ini dengan membawa 3 hadiah pulang








Sementara untuk kesulurahan Bomba A berada di tangga ke-13.dan apa yang di luahkan kali mereka mereka masih boleh membaiki kedudukan sekiranya latihana sebelum kejohanan di buat dalam masa 4- 5 hari bukan apa hadiah yang di tawarkan tinggi.kalau setakat pergi ke kejohanan tanpa ada latihan awal.Kami tidak mampu untuk menggapai hadiah.Setelah kita berehat dan berkumpul semula dengan inisiatif sendiri pergi kejohanan yang yuran penyertaan tidak di berikan oleh Persatuan Sukan dan Reakriasi Bomba Negeri terengganu dan pelepasan hanya satu hari sebelum kejohanan hanya inilah yang mampu kami bawa pulang.Itu pun Bomba B adalah terdiri dari 2 bowlers jemputan.Di harap pengurus kena melihat kehadapan perkara ni.Latihan dan Budget amat penting jika ingin menghantar pasukan ke kejohanan Besar.Biar kita pedih telinga asal kejayaan kita bawak pulang.


"Kejatuhan bukan penamat ,Bangkit itu janji kami"

Go Turtles Bowl Go !!!

KEJOHANAN PRISMA 2015 UMT


Kejohanan Prisma UMT 2015 berlansung di TER pada 30 januari 2015.Team Turtles Bowl menhantar 2 pasukan utama dan 1 pasukan jemputan.Jadi Turtle bowl menghantar 3 Team semuanya.

Ada sedikit perubahan pada pasukan turtle bowl A kerana ada sedikit masalah yang tidak dapat di selesaikan.T.Nizam berpindah ke Team B.manakala untuk tempat T.Nizam di ganti dengan Khairul.

Turtles Bowl A
 Tujuan team menghantar Bomba A adalah untuk meihat sejauh mana gabungan mereka.Kali ni terpaksa mencampurkan dengan Prisma Bomba.Cara mereka bermain amat baik sebagai satu team.Insyaallah satu program lain akan kita atur untuk mereka.

Keputusan untuk Prisma UMT 2015 adalah seperti berikut:

turtles Bowls C
Johan kali ini di menangi oleh turles bowls C.Mereka adalah gabungan jemputan.Terima kasih.
 dan Tahniah

Turtles Bowl B

Naib johan di menangi oleh turtles bowls B.beza jatuhan pin antara mereka adalah 9 pin cuma.dan tempat ketiga adalah Silent Killer.

Pemain Terbaik kejohanan kategori lelaki di menangi oleh Mohd Zairi dari Turtles Bowls B dengan jatuhan pin tertinggi



Kategori wanita pula di menangi oleh Azliza Ismail dari team Silent Killer dengan Jatuhan pin tertinggi wanita.

Manakala Hadiah misteri di menagi oleh T.Nizam dari Team Turtles Bowls B.apa hadiah di dalam tu? nanti kita siasat yee.

Tahniah semua kerana berjaya menawan lane TER kali ini.Lain kali kita berentap lagi.

GO Turtle Bowls GO !!!!!!!!!!!!!

PENGURUS BARU 2015


Selamat Datang dan terima kasih kepada pengurus baru kita untuk sesi baru 2015.Tuan Thoyyibah Taib.Bertugas di Ibu Pejabat Bomba Terengganu Bahagian Siasatan Kebakaran.Kerusi Panas Pengurus Bowling kini di Bahu Tuan Thoyyibah.Sukbom 2016 untuk mengekalkan 1 pingat emas,2 perak dan 1 gangsa.  atau lebih.Semuanya bergantung pada perancangan team.lagi lama latihan dapt di benarkan lagi tinggi lah harapan untuk pingat.
Untuk Tahun 2015 setakat ini team hanya ada bebrapa event penting sahaja kerana sukbom akan berlansung pada tahun hadapan.Antara yang di rancang tahun ini adalah:

1.Pemilihan Maksak Terengganu 2015
2.Piala YS pengarah Bomba Terengganu
3.Development team wanita dan veteren
4.Event anjuran Badan-2 kerajaan
5.Biro Angkasa 2015

Di harap dengan kehadiran pengurus baru Team akan berjalan dengan lebih licin dan teratur.Apa yang penting menaikkan nama jabatan dengan acara bowling.walau pun ada sedikit sebanyak masalah tu mungkin kita boleh mencari jalan penyelesaian melalui perbincangan.

Selamat Datang dan Terima kasih Pengurus 2015.Memajukan Team Bowling Bomba Terengganu di Teruskan !!!

GO Turtles Bowl GO !!!


Thursday, 5 February 2015

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH PENGURUS

Tiada apa yang dapat kami hadiahkan buat tuan,namun apa yang tuan buat dari segi pengurusan adalah yang terbaik kami terima.Sepanjang penglibatan tuan dalam kelab bowling ini kami ucapkan ribuan terima kasih dan Tahniah kerana telah berjaya naik pengkat kepada KB 32 dan akan bertugas di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf tapai.Ribuan Tahniah dan Terima Kasih dari kami semua

Antara program yang kami sertai bawah tuan adalah seperti berikut:

1) Persahabatan dengan Bomba Pahang
2) Persahabatan dengan MBKT
3) Sukbom 2014 ( terget 2 pingat tanpa mengira warna.Bawa Pulang 1 emas,2perak,dan 1 gangsa)
4) Piala Pengarah JPJ
5)Piala Datuk Bandar 2014

Semoga Tuan terus berjaya dalam karrier dan selamat bertugas di tempat baru.Doakan kejayaan kelab semoga teruskan kejayaan.Terima Kasih Tuan.

Bertemu dan berpisah adalah adat manusia.Sayonara dari kami semua tuan...

Go Turtle Bowls GO !!!!

KEJOHANAN PIALA DATUK BANDAR 2014 EDISI PERTAMA



Kojohanan Piala Datuk Bandar Terengganu Edisi pertama 2014 berlansung di TER pada 9-11 oktober 2014.Team sudah mula berlatih pada 28.09.2014-05.10.2014.Latihan selama seminggu memang memberi impak yang baik kerana selepas sukbom inilah kali pertama kami berkumpul semula.Team kita telah menghantar 2 pasukan ke sana bagi menghadapi kejohanan ini.


Team Bomba A di wakili oleh Nik M ,Zairi dan En.Fauzi.kali pertama gandingan ini di gandingkan.namun kejohanan ini juga di sertai oleh team-team kuat dari jabatan lain.

Team B pula dianggotai oelh MBI,Rosmadi Ayu dan Bakri.Sebenarnya inilah team utama dan dengan strategi team meletakkan pada nama team B supaya ada sedikit advantage pada mereka.Kejohanan ini di adakan sebanyak 5 block dan kami bermain pada hari terakhir.

Team B mendapat tempat kertiga dan naib johan oleh pasukan MBKT dan Johan Edisi pertama ini di menangi oleh MDM.Tahniah di ucapkan kepada Team B kerana mendapat tempat ketiga manakala Team A menduduki tangga ke 5.

Tahniah Semua !!!! dengan semangat juang yang tinggi tanpa mengenal jemu.

GO Turtle Bowls Go !!!

BOMBA TERENGGANU CEMERLANG DI JOHOR SUKBOM 2014

Sukan Bomba 2014 yang berlansung di Negeri Johor.Pada 7-11 Jun 2014. Bomba Terengganu di wakili oelh senarai di atas.Cuma kali ini kita hanya menghantar 2 peserta wanita dan tidak cukup untuk melengkapkan 4 orang untuk team wanita.Dayah dan Fida menarik diri di saat akhir.
 Bagi acara doubles lelaki nik bergandingan dengan Zairi kerana Zairi sudah lama mewakili Bomba Terengganu tetapi jarang kami di gandingan.Namun tiada rezeki kali ini.Pada 2 game pertama memang berada di top tetapi setelah bertukar lane ada penurunan sedikit tetapi di potong oleh team lain.Kami hanya berjaya di tangga ke 5.Tetapi team Terengganu berjaya mendapatkan Gangsa dari MBI dan Rosmadi.
 
                               
 
 
 
 Bagi acara perseorang Lelaki di sertai oleh 4 orang peserta lelaki namun Hanya Mustaffa dapat memberikan saing yang baik dan berjaya mendapat score yang tertinggi dan berjaya menggapai pingat Emas pertama buat skuad Bowling Team Terengganu.Tahniah Mustaffa !!!
 
                                  
 
Dalam acara berempat Skuad Lelaki bergandingan baik kerana semua sudah menjangkakan yang Terengganu cukup kuat kali ini.Namun apa kan daya di potong jua oleh Bomba Penang.Kami berjaya memperolehi Perak. Walaupun dengan terget hanya 2 pingat tanpa warna namun kami sudah melepasinya.Dan hanya ada satu lagi peluang dengan acara All event yang bakal di sertai oleh MBI.
                                     
 
 Dalam All Event MBI skali lagi membuktikan dia adalah antara yang terbaik kerana berjaya memenangi pingat perak.Tahniah MBI peluang yang datang tidak di sia-siakan.
 

Tahniah Kepada semuanya kerana komitment dan semangat juang yang tinggi kerana kali ini kita memang turun all out.Namun dalam aspek kejayaan kita masih kena bekerja kuat bagi melengkapkan team dan Berusaha mencari pemain wanita dan veteren bagi meraih acara keseluruhan.Dengan Usaha tanpa jemu kita Insyaaallah di Negeri Sembilan kita akan buat yang terbaik.



Bagi Team wanita dan Veteren Tahniah kerana dengan kesungguhan berlatih dan berjuang habis-habisan di medan perang.Tahniah !!! walaupun tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat tetapi kita akan terus berusaha semoga Sukbom 2016 di negeri sembilan kita akan Berjaya.Misi Sukbom 2016 akan di teruskan.

Tahniah semua !!!! Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa perancangan ,latihan dan kesungguhan

GO Turtle Bowl's GO !!!!!!!!!