Thursday, 11 October 2012

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TRIO KOPERASI ANGKASA

Gambar ini hanyalah hasil grafik poknikmu
   Pada 9 oktober 2012.Turtle Bowling Club telah menghantar 3 pemain untuk memasukki Pertanding Trio anjuran Koperasi Angkasa Terengganu.Walaupun Club telah membuat pemilihan untuk 3 pemain terbaik akan ke pertandingan ini.Nampaknya buka acara individu yang di pertandingkan tetapi acara Trio.Banyak agensi-agensi kerajaan yang lain menhantar pemain dan oleh kerana surat yang di hantar tidak di nyatakan bermain secara individu atau Trio.Ada pasukan yang menhantar pemain wanita.rupanya dia tidak dinyatakan dalam surat.Nampaknya jika ada lagi di tahun hadapan pihak pengurusan mereka kena baiki sedikit lah tentang acara dan syarat yang lebih jelas.

  Sampai sahaja di Terengganu Aqusterian Resort ,sudah nampak geng-geng yang sudah biasa bermain B graded di KT Bowl astaka.Terutama, Omar,gzie dari MPKT,Mijue dari kesihatan dan cikgu Abdul Rahim dari pendidikan dan beberapa lagi pemain yang yang di sana.Kami pun mati-mati ingat main individu.Sampai di meja pendaftaran sudah di letakkan 3 nama sekali seolah-olah akan bermain bersama.Tanya punya tanya Betullah acara Trio rupanya.Namun dalam pada itu ada pula cerita yang mengatakan pemenang akan mewakili Koperasi Angkasa Terengganu ke Pertandingan peringkat negeri pula,katanya di Kuala Lumpur.
  Pada jam 8 malam semua peserta di pelawa makan dulu,ada kuih dan meehon goreng.Pada mulanya malas nak makan hanya ambil minuman sahaja.Ada pula yang memberikan cadangan agar bermain 2 blok.sekarang ni pengurusan mereka meletakkan 2 pasukan dalam 1 lane.bermakna 6 orang akan bermain dan ini melambatkan masa.Jadi hasil dari perbincangan dengan wakil-wakil pemain semua sebulat suara bersetuju akan bermain 2 blok.

 Blok pertama nampaknya MBKT,PDRM,Pendidikan,kesihatan dan lain-2 akan bermain dulu.Manakala kita akan bermain untuk blok kedua.Nampaknya geng-geng star akan bermain dulu.Permainan 3 games memerlukan fokus yang tinggi dan antara pemain kena cepat-cepat cover.Itulah yang di pertontonkan kepada kami bagi blok yang pertama.Game pertama dan kedua di dahului oleh MBKT tapi bila masuk games ke-3 PDRM pula mengatsi MBKT dengan 1619 jatuhan pin.maknanya blok pertama di dahului oleh PDRM kerana Putra dan jumpa dotnya.

 Bermula blok kedua, susunan pemain di dahului oleh Poknik , Zairie dan Mustapha bertindak sebagai angkle.Permainan bermula baik dengan game pertama sahaja kita dah mencatatkan 603  jatuhan pin.dan pada game kedua pula sedikit jatuh dengan hanya 473 jatuhan pin dan game ketiga kami bangkit dengan 590 jatuhan pin.Dan di nobatkan sebagai Juara edisi 2012 dengan 1666 jatuhan pin.Kami memenangi 1 tropi Johan dan Hamper setiap seorang.manakala Door Give adalah bekas minuman panas dan air jus kurma.Tetapi poknik dapat lagi extra 1 hamper bagi cabutan bertuah.Alhamdullilah tuah poknik makin menjadi-jadi sekarang nii.Rezeki kan.Vivid susah mula memberikan Hint yang ia sudah bersedia mengutip hasil.Harap kawan-kawan lain juga akan meningkatkan permainan untuk diri sendiri.







 Total : 1666
 1) Nik    : 212 , 157 & 187
 2) Zairi   : 166 ,162 & 235
 3) Stopa : 224,154 & 168

 Mustapha pula bertanya keputusan tentang wakil untuk Pertandingan antara negeri pula dan Pengurusan akan memaklumkan dengan bersurat nanti kerana kebiasaannya memang akan diadakan peringkat negeri pula.Cuma tarikh dan masa belum dapat di pastikan lagi dan kami hanya tunggu surat dari mereka.Tahniah semuanya kerana berjaya menberikan cabaran dan lawan kita bukan calang-calang pasukan dan Tahniah juga kerana mengharumkan nama jabatan.Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.Tunggu update nanti ..


GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 2 October 2012

PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING JEMPUTAN

Terima surat dari Pengurus Bowling bagi Pertandingan Ten Pin Bowling Jemputan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Negeri Terengganu 2012.Inilah yang kami bermain sebanyak 11 games dan keputusan seperti yang kita maklum 3 orang yang akan mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu yang akan di adakan pada 9 oktober 2012.Bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) hari selasa depan.Inilah senarai pengesahan pemain yang di hantar:

 Di harapkan pemain pakai pakain seragam dan mengikut peraturan sebab kita adalah wakil dan duta jabatan kerana sebarang kesilapan akan memalukan jabatan.Di harap pemain pergi ke Ter  sebelum pertandingan bagi menguji sendiri lane di sana supaya tidak kekok bila bermain nanti.Selamat berjaya dan semoga dapat keputusan terbaik.

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012 SIRI KE 8


Pada 1 September 2012 berlansungnya siri ke-8 dan masih ada 2 baki siri lagi di Kelantan dan Pahang.Kedudukan kita sudah turun ke tempat keempat selepas siri ke-7.Adakah kita akan bangkit hari ini dan mencapai sasaran pasukan.Pemain berada dalam keadaan baik hari ini.Semalam pun dah uji dan baca lane lagi sekali tetapi hasilnya agak memberansangkan.Lane kayu ni memang sesuai jika bermain stail stright Ball dan memberi masalah pada yang bermain hook.

Selepas tamatnya bermain 4 games keputusan yang di harapkan masih lagi jauh dari sasaran.semua agak kecewa tapi inilah yang di katakan games pasti ada hari kita menjadi dan ada hari kita menjunam.Jangan kita persoalkan kenapa kita menjunam tetapi kita fikirkan bagaimana nak bangkit dari kejatuhan dan kembali ke landasan dengan secepat yang mungkin.Kita kena yakin yang kita mampu bangkit.Kita datang bertujuh walau apa jua keputusan jangan abaikan kawan-kawan yang turut serta.Mereka juga seperti pemain yang mengharapkan kejayaan.Walaupun nak fokus bantuan orang belakang memang penting.sekurang-kurangnya pandanglah mereka kalau kita terlalu semangat pun kita tak perasan ada sesuatu yang kita lupa.Pengurus dan jurulatih serta pemain simpanan ada di belakang walau tanpa kerusi mereka tetap berdiri dan sentiasa ada.Mungkin ada yang terasa kerana pemain tidak pandang belakang perkara ini tidak boleh berlaku sebab mereka juga sparing partner pemain utama.Semangat berpasukan jangan sesekali abaikan.Pemain utama juga sepatutunya tahu kemampuan mereka jika dah rasa tidak boleh bermain apa salahnya jika kita sendiri yang bersuara agar pemain lain masuk gantikan kita.Pemain utama trio 3 orang dan seorang Pemain bagi acara pegawai kanan.Mereka boleh bertukar semasa trio.Inilah mentalliti yang sukar di cari.Dah rasa tak boleh masih nak bermain yang ruginya siapa? pasukan jugak kan.Ni lah Semangat dan mentaliti yang ada sekarang ni.Susah nak cakap tapi kalaulah admin ni pengurus mungkin admin akan cari player yang ada positif dan team spirit.Tidak perlu sentiasa nak bermain kalau kita tahu yang kita tidak mampu dan beri laluan pada orang lain pula.mungkin yang rasa nak boleh perform akan membantu dan bukan merugikan pasukan.

Aik mana Terengganu ni..tak ada pun dah no 14 ni...risau sungguh...


Drop lagi kita rupanya,hari jatuh ke page kedua keputusan.no15 dari 20 pasukan bagi acara trio.Jom kira everage dulu yang pasti semua tak nak tengok sebab yang pertama masalah lane dan kedua nak selesai masalah sendiri ni lah rupanya.
Zairi       : Total 618 everage 154
Mustafa  : Total 611 everage 152
Ayeep    :  Total 538 everage 134

Kita kena terima hakikat hari ni semua tak menjadi total 1767.tidak perlu tidak bercakap dan tidak perlu terlalu kecewa sebenarnya sebab kita dah mencuba dengan apa yang kita ada dan rezeki kita hanya setakat ni hari ini.Dari segi pengurusan latihan memang tak cukup dan kita dah miss 2 bulan latihan kerana bulan puasa dan raya.mungkin momentum kemenangan sudah hilang.Kita kena cari balik rentak kemenangan dan sekurang-kurangnya kena kembali ke 3 terbaik seperti sebelum ini.Di khuatiri akan pasukan dari belakang yang akan terus menolak kita ke bawah.Setakat ini kalau tidak salah kiraan kita turun lagi satu anak tangga ke tangga ke-5.Kita juga perlu segera mencari kaedah terbaik dengan Ayeep akan berehat panjang kerana mengandung dan akan di gantikan dengan Atie yang baru beli bola.Sekurang-kurangnya dalam masa sebulan ini Atie kena bermain maintain 4 game 130 jatuhan pin dan bulan depan kena jugak sampai 150.Kalau tidak Lelaki kena bermain dengan hardcore tanpa sebarang kesilapan.Di harapkan ada sinar di Kelantan nanti.

Trio sudah tidak menjadi dan memang memberi kesan pada Tuan Wan yang bermain dalam acara Individu pegawai kanan.Admin harap dapat membantu tapi di belakang dan yang menentukannya adalah player itu sendiri.kita tengok sahajalah scorenya:

Keputusannya ke tangga 14.Memang sukar sedikit jika kita nak bandingkan lane di Negeri Sembilan ni kerana lane kayu.jadi inilah sahaja yang kita berjaya lakukan.Game pertama 154 jatuhan pin.Manakala games kedua adalah 147.Drop lagi games ke tiga 133 dan games terakhir 150 dan jatuhan pin 584.Kalau di ikutkan sasaran 180 jatuhan pin pergames dan total game 720 jatuhan pin.Kalau ikutkan sasaran hari ni Tuan Wan berpeluang menduduki tangga kedua.Tapi inilah bowling.Masih berbaki 2 siri lagi sebelum ke grand Final,Trio di lihat masih selamat jika pasukan yang menang nanti adalah dari pasukan teratas tetapi jangan tidak pandang ke bawah.sebab 2 siri dengan jarak score johan adalah 25 mata.Kita kena beringat sebelum kena dan frust menunggeng.Sekurang-kurangnya kita perlu ambik 3 terbaik dalam 2 siri akan datang jika mahu ke Grand Final.Kena kosisiten dari awal supaya senang di Grand Final.Bagi pegawai kanan Tuan Wan perlu segera mencari kaedah lain kerana kaedah sedia ada sudah tidak ada kepuasan.Kita masih ada ruang dan peluang jadi gunalah sebaik mungkin supaya kita sentiasa bersaing dan terus bersaing.Kejayaan tidak datang dengan kata-kata tetapi usaha tanpa merendahkan orang lain pasti dapat bantuan dari Allah.

AYUHH !!!!!!! BANGKIT!!!!!!!!!

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!



KEJOHANAN TEN PIN BOWLING MASKAB 2012 SIRI KE-7

Hari ini 239 september 2012 Pertandingan bersiri kembali bersambung kali ini di Melaka International Bowling Centre MIBC dekat dengan MITC melaka.Kedudukan Terengganu Bomba Team sekarang adalah di tempat ketiga dengan 50 mata.mampukah team kita meraih mata hari ini? di harapkan team trio kita dapat menunjukkan prestasi terbaik.

Ini pula adalah senarai kedudukan sebelum bermulanya acara Pegawai kanan.Tuan Wan berada dalam ranking 10 pemain terbaik dan di harapkan dia menjadi hari ini dan kita akan pantau permainan beliu.

Tempat ke-12 selepas tamat acara trio dan persembahan hari ini jauh berbeza dan sepatutunya kita berada dalam 10 terbaik bagi mecari mata dan sasaran 5 tempat terbaik tidak men jadi hari ini.Sebagai Admin blog ini dengan serius dapat di rumuskan pemain lambat untuk mencari balik dan cover kesilapan yang di lakukan semasa bermain dan cepat Frust.Tapi bola tu bulat kan,hanya tangan sahaja yang akan menentukannya.Di kala kita dia atas selalulah pandang di bawah kerana kita tidak tahu bila kita akan jatuh.

Untuk trio kita mensasarkan setiap game paling kurang 500 jatuhan campur dengan 3 pemain.Tetapi game pertama hanya mendapat 471 dan negetif 29 jatuhan pin dari sasaran.Pada game ke-2 pula kita naik sedikit 497 dan nhanya kurang 3 jatuhan pin sahaja.Manakal pada game ke -4 pula kita jatuh kembali 444 dan kembali 39 pin kurang.Pada game yang terakhir kita masih bawah par 500 jatuhan pin dan hanya berjaya membuat 457 jatuhan pin sahaja.Total 1846 jatuhan pin dan - 134 dari sasaran dan berkedudukan tempat ke-12.jom kita tengok everage pemain.

Miustapha : Total : 714 Everage 178 = 4 games
Zairi         : Total : 600 Everage 150 = 4 games
Ayeep       : Total : 532 Everage 133 = 4 games

Overall semua bermain bawah par,Pemain lelaki paling kurang everage kena 180 ke atas dan perempuan 150 ke atas per games.Lane kat melaka ni lebih elok berbanding di negeri sembilan.Jika di sini menurun paling tidak di Negeri Sembilan esok kita kena bermain pada par masing-masing.Suasana semasa pertandingan agak baik dan masing-masing memberi sokongan antara satu sama lain.Cuba baiki kedudukan dan score di Negeri sembilan esok.


Kategori pegawai kanan pula kita dapat melihat Tuan Wan berada pada kedudukan ke-13 selepas bermain 4 games.Tuan Wan mengakui selepas balik dari kejohanan SUKEP dia mula menurun kerana gagal mencari rentaknya kembali.Dia kena berusaha sendiri untuk mengubah atau bermain dengan cara yang sama untuk maintain score,memang banyak spare yang miss.sesuatu perlu di lakukan.

 Kita kira dulu everage Tuan Wan.Total 622 everage 155 = 4 games.Wah jauhnya,kita sasarkan dia boleh membuat 180 ke atas setiap games.Teruskan usaha tanpa jemu.Sepatut jika keadaan menjadi sebegini perubahan pemain perlu di lakukan segera tapi melihat pada kedudukan hari ini kita hanya mampu berdoa dan berharap semangat juang akan bangkit dari dalam diri masing-masing untuk mencapai sasaran pasukan dan terus bersaing untuk ke Grand Final.Enjoy your bowling!!!!!! tapi sayang kita tak enjoy pun hari ini.Semoga cepat bangkit !!!!!!!!!

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!