Saturday, 29 September 2012

TEST LANE DI MIBC MELAKA


Pada 28 September 2012 kami sampai di MITC Melaka di mana tempat inilah tempat akan yang akan diadakan esok.Pemain-pemain berada dalam keadaan baik dan sihat kecuali Ayeep yang kini mengandung 5 bulan tapi masih sihat dan masih boleh bermain bowling.Harga untuk bermain bowling di sini sama dengan di KT BOWL Astaka Terengganu 6 games RM20.Hari ini juga akan di sambung pemilihan untuk pertandingan yang di anjurkan oleh Biro angkasa dan markah akan di tambah dengan markah keseluruhan semalam.Bermain di lane berkecuali memerlukan masa untuk mencari mark point semasa balingan di lakukan.Bermain dengan 6 games memang ada sedikit cabaran kerana perlu maintain score terbaik setiap games.Permainan hari ini sangat mencabar kerana point bersilih ganti dan kedudukan pemain untuk 3 terbaik silih berganti.
   Pada 3 games yang terakhir cabaran semakin sengit Antara Poknik,Tuan Wan dan Fauzi.Namun bagi pemain hook dari segi teknikal kadang-kadang bola ada yang sesuai dengan minyak yang masih banyak dan ada juga menjadi bila lane semakin kering.Pada games yang ke-4 sekali lagi point semakin hampir dan semakin sengit.Sehingga games ke-5 point makin hampir dan mencemaskan.Prestasi Zairie memang menarik dan memberikan bau pada acara trio esok.Mustapha macam biasa macam-macam mark balingan di cubanya bagi persiapan acara esok.Ayeep pula nampaknya menunjukkan yang dia masih pemain terbaik bagi acara wanita.Walaupun mengandung 5 bulan.Atie memerlukan masa lagi kerana dia masih baru dengan menggunakan bola Spare ball zairie dan bola itu pula perlu di buat lubang semula.
Fauzi bermain baik dan masih maintain scorenya.Poknik pula pada 3 games terakhir baru bertemu dengan mark balingannya dan terus mengejar bagi mendapatkan tempat ketiga.Tuan Wan pula sebenarnya dia kena maintain speed balingan dan inilah masalah utama bila dia bermain.Tuan Wan perlu cepat mencari mark balingannya dan cuba kekalkan speed dan cara balingan. Jadi inilah dia keputusan pemilihan 3 pemain terbaik bagi mewakili kelab ke Pertandingan individu anjuran Biro Angkasa:-



1)    Zairie             : Total =1865   Everage :169   = 11 games
2)    Mustapha      : Total =1827   Everage :166   = 11 games
3)    Poknik           : Total =1822   Everage :165   = 11 games
4)    Fauzi             : Total =1804   Everage :164  = 11 games
5)    T.Wan            : Total             Everage            = 11 games
6)    Ayeep            : Total             Everage            = 11 games
7)    Atie                : Total             Everage            = 11 games


 Selesailah sudah pemilihan dan sekarang kita tumpukan kepada acara trio untuk bersiri esok dan dengan cara Zairie bermain hari ini nampaknya ada nomborlah esok.Mustapha rasanya dah tahu bagaimana nak bermain esok.Ayeep pula rasanya dia bermain baik dan dah tahu apa yang dilakukan esok.


Di harapkan esok trio kita dapat mengekalkan antara 5 terbaik keseluruhan dan bagi acara pegawai kita mengharapkan Tuan Wan dapat membaiki kedudukan dan berada dalam 5 pemain Pegawai kanan.Semoga sinar yang di harapkan mendapat Keizinan dari Allah S.W.T…amin..


Go Turtle Bowls GO!!!!!!!

Friday, 28 September 2012

LATIHAN PEMANAS BADAN DAN PEMILIHAN

  Hari ini 27 September 2012.Perjalanan kasmi pada pagi bermula jam 9.30 pagi menuju ke Transit di Nilai Negeri Sembilan.Macam ni lah, akibat dari bugjet tak ada terpaksa mencari anisiatif sendiri,dengan mencari tempat untuk menginap.Perjalanan kami hari ini di susuli oleh berita dari Setiausaha Peskab Negeri yang menyatakan ada terima jemputan dari Biro angkasa untuk pertandingan bowling yang bakal di adakan di TER pada 9 oktober depan.Tetapi hanya 3 pemain sahaja yang akan di hantar.
 Alhamdulilah ,Kami Selamat tiba di Nilai jam 5.30 petang.Oleh kerana lama tidak pekena makanan di Kedai mamak di Mannu Salwa,Zairie,Mustapha,poknik dan Fauzi tidak sempat naik ke transit tetapi terus ke kedai mamak untuk makan petang.Setelah siap makan kami terus bersiap untuk ke Seremban Prade untuk menguji dan pemilihan 3 pemain ke Pertandingan anjuran Biro Angkasa nanti.
Pada jam 8.40malam kami sampai ke Seremban Prade.Di sini lain sedikit dari pusat bowling yang ada di Terengganu kerana disini ada pakage untuk bermain bowling.Harga malam ini adalah Rm 5.50 per game.Dan kami mengambil pakage unutk 5 game dengan RM 22 seorang.Semua pemain bermain bagi persediaan perlawanan bersiri dan pemilihan ke pertandingan Biro Angkasa.Tetapi untuk ke Pertandingan Biro Angkasa hanya ranking 3 teratas akan automatik ke pertandingan tersebut.2 sesi pemilihan akan diadakan dan esok adalah pemilihan terakhir di MITC Melaka.

Jom kita tengok score siapa bakal ke pertandingan Anjuran Biro Angkasa dan persiapan acara Siri :-

1) Mustapha : Total 837 everage 167 = 5 games
2) Zairie       : Total 820 everage 165 = 5 games
3) Poknik     : Total 809 everage 161 = 5 games
4) Fauzi       : Total 793 everage 158 = 5 games
5) T.wan      : Total 756 everage 151 = 5 games
6) Ayeep      : Total 619 everage 123 = 5 games
7) Atie         : Total 527 everage 105 = 5 games

Siapakah bakal ke pertandingan anjuran Biro Angkasa? esok adalah hari penentuannya.Dapatkah everage pemain utama dalam siri dapat meningkatkan prestasi? kita tunggu esok...

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!!

Thursday, 27 September 2012

LATIHAN TERAKHIR 26 SEPTEMBER 2012

Hari ini adalah hari terakhir latihan di Terengganu kerana esok semua akan bertolak ke Nilai bagi transit biasa kalau bermain di utara.Hari ini pengurus kita bermain di lane berlainan kerana ada program lain.Hari ini barulah nampak sedikit peningkatan dari pemain-pemain utama.
1) Zairie     : Everage 181 = 6 Games
2) Mustafa : Everage 170 = 6 Games
3) poknik   : Everage 169 = 6 Games
4) T.Wan   : Everage 162 = 6 Games
5) Ayeep   : Everage 136 = 6 Games
6) Atie      : Everage  133= 6 Games

Pemain Perempuan masih belum lagi menemui everage yang di harapkan.Mereka perlu segera membaiki prestasi semasa agar everage mereka sentiasa meningkat dan mamberi ruang bagi pemain lelaki untuk sedikit kelegaan.Tapi masa masih ada dan kita kena sama-sama melihat apa yang diperlukan untuk mereka kembali ke par mereka.Tuan Wan masih lagi berada dalam par sama.Sesuatu perlu di baiki segera.

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!!!!

LATIHIHAN 25 SEPTEMBER 2012

Latihan Hari ini bermula di KT Bowl,Kuala Terengganu.Semua pemain hadir dengan jayanya pada hari ini.Nampaknya beberapa pemain sudah mula menunjukkan tahap mereka dan mereka seolah-olah mahu membuktikan yang mereka masih ada kreaditbiliti untuk menuju ke Grand Final.Tapi pemain utama hari ini di kejutkan dengan kosisitensi dari pengurus siri en.Fauzi.kita tengok everage mereka hari ini.

1) Fauzi       : Everage 177 =  6 Games
2) Mustafa   : Everage 176 =  6 Games
3) Zairie       : Everage 174 = 6 Games
4) T.Wan     : Everage  164 = 6 Games
5) Poknik    : Everage   154= 6 Games
6) Ayeep     : Everage  143 = 6 Games
7) Atie        : Everage   127=  6 Games

Masalah utama sekarang ni Ayeep masih lagi below par.Perlu segera baiki prestasi kerana kebiasaannya dia di perlukan paling kurang 150 everage.Atie masih baru tetapi perlu segera mencari everage sekurang-kurangnya 130.Mustafa dan Zairie perlu lebih kosisten bagi meletakkan mereka berdua sandaran utama di melaka.Tetapi untuk ke Negeri Sembilan mereka perlu kekalkan prestasi terbaik jika tidak salah seorang pasti akan di tukarkan.Tuan Wan masih lagi below par dan perlu segera bangkit untuk terus memberi tekanan pada pendahulu Kategori pegawai kanan.Kita tengok prestasi esok adakah mereka  boleh membaiki everge masing-masing atau menjunam.

GO TURTLE BOWL GO!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 25 September 2012

HARI PERTAMA LATIHAN 24 SEPTEMBER 2012

Latihan perkenalan hari ini adalah untuk memanaskan badan tapi score tetap di ambil bagi melihat prestasi semasa pemain-pemain.Boleh di katakalan semuanya hadir kecuali Pengurus siri kita En.Fauzi sebab ada masalah keluarga.Namun dia tetap hadir untuk meninjau anak buahnya.
 Mari kita lihat score dan everage pada game pertama semalam.Bukan apa yang penting kita kena tahu apa yang kita lupa dan kena cari kembali art bowling tu.

TRW : Everage 187 = 6 games
MBI  : Everage 173 = 6 games
Zairie : Everage 169 = 6 games
Atie   : Everage 133 = 6 games
Ayeep:Everage 133 = 6 games

 Rata-rata semalam pemain perempuan kena bekerja lebih sikit kerana everage sedikit jatuh.Minuman Everage biasa adalah 150.Zairie dan Mustapa perlu membaiki sedikit prestasi kerana mereka adalah pemain utama untuk ke Melaka.Namun jika prestasi di melaka jatuh pastinya akan ada perubahan pemain untuk games di Negeri Sembilan.

 Dalam Kategori Pegawai kanan pula.Aksi kosisten di tagih bagi membuatkan Tuan Wan kita kembali bersaing dalam Kategori ini.Ranking semasa akan di poskan bila mendapat ranking score di Melaka nanti.
Tuan Wan : Everage 165 = 6 games.
Biasanya kita letakkan 180 evergae untuk kategori pegawai kanan.Tapi nampak gayanya Tuan Wan juga kena bekerja keras dan mungkin masalah bola kena di selesaikan.Latihan kedua akan bersambung dan kita tengk berapa pula everage dia orang untuk hari kedua.

GO TURTLES BOWLS GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sunday, 23 September 2012

JELAJAH SIRI LAGI


Siri kali ini akan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah dan Negeri Sembilan.Di Harapkan ada Tuah ...heheheh.Melaka adalah siri ke 7 dan Negeri sembilan adalah siri ke8.

LATIHAN BERMULA





 Latihan akan bermula dari 24-26 September 2012 bagi persediaan siri di Melaka dan Negeri Sembilan.Di harapkan semua pemain dapat menyiapkan diri bagi latihan ini.Kali ini latihan akan di hadiri oleh 7 pemain iaitu penambahan seorang lagi pemain wanita bagi memberi ruang kepada Zurina yang kini mengandung.Nama beliau adalah Puan Zayati Binti Muda.Sudah berkahwin dan bertugas di Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu bahagian Pejabat.


Inilah dia Zayati yang bakal menggantikan Zurina bila siri akan datang.Pertamanya untuk kekalkan kedudukan antara 5 terbaik dan memasuki Grand Final.keduanya mampukah dia menempuh aksi Grand Final nanti?
Apa pun kita ucapkan Selamat Menyertai Turtle Bowling Club dalam misi dan visi kelab untuk menjadikan antara kelab yang aktif sepanjang masa dan berkualiti.

GO TURTLE BOWLS GO!!!!!!!!!!!!!!